Friday, July 24, 2015
Mana Merdekanya? Apa Niat Sebenar S4S? Masa Zaman Komunis, Puak Ini Yang Bersama Komunis
YB DAP Alan Ling Sie Kiong sanggup berpanas beri sokongan padu kepada
program sambutan Hari Kemerdekaan anjuran S4S yang diadakan di padang
Majlis Bandaraya Miri.
Alan Ling seolah-olah keliru dgn perjuangan beliau sendiri. S4S adalah
merupakan satu referendum rakyat yang memperjuangkan hak untuk Sarawak,
termasuklah MENOLAK kehadiran parti politik yang berasal dari
Semenanjung.
Keinginan mencari publisiti murahan membuat dia tidak sedar bahawa DAP
adalah parti yang berasal dari Semenanjung Msia. Kemungkinan besar dia
sudah gusar dengan kedudukan DAP melihat populariti YAB Ketua Menteri
Sarawak lebih "MELETOP" hingga tenggelamkan UBAH.
Disebalik agenda S4S adalah untuk menyokong orang putih yang telah bunuh Rosly Doby.
Rosly merupakan pejuang yang berasal dari SIBU dan telah menikam
Governor British semasa pemerintahan Rajah Brooks. Rosly di bantu oleh
BUJANG SONTONG dan rakan rakan lain. AKhirnya mereka dihukum gantung
oleh British setelah ditangkap.
Orang Melayu Sarawak memang tidak suka kehadiran penjajah orang putih.
Kenapa perlu S4S mahu kembali kepada pemerintahan orang putih dan
nyatakan sekali S4S tak pernah langsung sebut tentang Rosly Doby.
Mereka kata Sarawak merdeka pada tahun 1841 iaitu tahun James Brook di
lantik Gabenor Kuching/Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim Brunai. Pada
tahun berikutnya 1842, dia menjadi White Raja of Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment