Friday, July 24, 2015
Isu Couple Seat Di Perak: PAS Tolak Kehendak DAP
PAS Perak memalukan DAP dengan menolak gesaan parti itu agar larangan
pasangan kekasih menonton wayang di pawagam menggunakan kerusi berkembar
dibatalkan dan ditarik balik.
Bagi PAS negeri arahan pihak berkuasa itu dalam isu ini releven serta
tujuannya tidak lain bagi membendung gejala social dan membendung
maksiat dikalangan umat lslam.
Dengan itu keengganan PAS negeri itu ia dilihat satu tempelak kepada DAP
Perak yang merasakan mereka masih boleh mengarah atau memaksa PAS
negeri itu ikut telunjuk macam zaman dahulu-dahulu.
Keberanian PAS negeri dilihat lebih-lebih lagi sejak DAP memutuskan
hubungan dengan PAS dan mengistiharkan Pakatan Rakyat, dimana PAS
sebagai stakeholder, berkubur.
Peristiwa terbaru ini, dalam kancah hubungan DAP dan PAS bukan saja
menjadi bualan paling panas di negeri ini malah menjadikan DAP bahan
ketawa dikalangan umat lslam.
Yang pasti DAP sudah tidak ada taring di Perak dalam isu-isu agama
seperti berlaku dalam isu larangan pasangan lslam bukan mahram
menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang di pawagam.
Tak salah jika umum mengira dalam isu membabitkan agama seperti hudud
sebagai satu contoh, sejak PAS berpecah dengan DAP, umat lslam di Perak
bersatu hati memperjuangkannya.
Perlu juga disebut Pemuda PAS negeri juga menyokong pihak berwajib yang
melarang “muslim couple” menggunakan kerusi berkembar ketika menonton di
pawagam.
Ketuanya, Akmal Kamaruddin memuji tindakan sebuah pawagam di Seri
Iskandar yang menguatkuasakan larangan ke atas pasangan bukan mahram
menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang.
Isu kerusi berkembar menarik perhatian apabila Majlis Daerah Perak
Tengah (MDPT) menarik balik arahan kepada Lotus Five Star Cinemas (LFS)
di Seri Iskandar yang mahukan peraturan itu dimansuhkan. Dengan itu
pawagam ini dilarang membenarkan pasangan kekasih (bukan mahram)
menggunakan 'couple seat'.
Turut memperjuangkan isu sama termasuklah Mufti Perak, Tan Sri
Harussani Zakaria yang mendesak pihak berkuasa supaya operasi panggung
wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang
merosakkan akidah umat Islam.
Untuk rekod, terdapat beberapa buah university dan IPT (termasuk swasta)
seperti UTP (Universiti Technology Petronas) dan UiTM di kawasan ini.
Para penuntut Melayu secara “coupling” sering menggunakan pawagam untuk
“berdating”.
Hal begini menjadikan masyarakat di kawasan Perak Tengah naik bosan dan
muak gelagat para remaja ini serta mahu perkara ini diberi perhatian
serius. Lebih-lebih lagi ada yang bersikap tidak senonoh ketika menonton
bersama-sama pasangan mereka.
Ketika mengulas lanjut, Harussani berharapa pemberian lesen untuk
premis panggung wayang juga harus dipertimbang dan diambil perhatian
semua majlis perbandaran.
"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apatah lagi duduk di kerusi
bersama-sama pula . . . itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di
dalam panggung.
"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya.
Beliau berharap pencegah maksiat mengambil perhatian isu ini dan
melihat tumpuan operasi bukan sahaja di panggung-panggung wayang malah
banyak lagi lokasi berlainan.
"Pihak pencegahan maksiat perlu lihat bukan sahaja di panggung wayang,
di mana-mana pun kalau mereka belum kahwin dan duduk berdua-duaan,
tangkap sahajalah," katanya.
"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.
"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun
hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini
semua terjadi,"tanyanya.
Seperti biasa sedang isu ini mendapat perhatian kaum muslim, DAP di
Perak (juga di tempat lain) sering dilihat membantah isu-isu yang
diperjuangkan umat lslam.
Dulu, isunya hudud dan penggunaan kalimah Allah, kini di Perak, isunya ialah isu kerusi berkembar pula.
Satu kenyataan media Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak,
Chong Zhemin dilapor menggesa MDPT supaya menarik balik arahan LFS di
Seri Iskandar supaya tidak membenarkan pasangan kekasih menggunakan
kerusi berkembar.
Bosan barangkali dengan sikap double standard DAP Perak, PAS negeri membidas DAP kerana saranan dangkal ini.
Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata isunya ialah mengenai enforcement undang-undang.
“Ini kerana PAS Perak melihat isu itu sebagai satu tindakan
penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkenaan bagi membendung gejala
sosial dan kemaksiatan di kalangan umat Islam yang perlu dipatuhi
menurut hukum agama.
DAP katanya tidak sepatutnya menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai
kuasa `super power’ untuk mengarahkan pihak MDPT supaya menarik balik
arahan itu yang kononnya boleh menjejaskan iklim pelaburan dan
kedatangan pelancong di negeri ini.
"PAS Perak tidak menyokong tindakan DAP dalam isu ini kerana ia
melibatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pasangan bukan mahram
yang tidak mempunyai ikatan sah menurut hukum agama yang mesti
dipatuhi," katanya.
Bagi Pemuda PAS Perak tindakan pihak pengurusan pawagam LFS itu amat
dipuji dan diharapkan tindakan seumpama itu dapat diikuti oleh seluruh
pawagam di negeri Perak.
Pihaknya menganggap tindakan melarang pasangan bukan mahram menggunakan
kerusi berkembar itu merupakan satu permulaan yang amat baik kearah
membendung gejala sosial dan maksiat yang boleh merosakkan akidah umat
Islam.
"Kita mengharapkan tindakan larangan ini akan berterusan sehingga kearah
`pawagam patuh syariah’ 100 peratus di mana pelaksanaannya meliputi
disemua pagawam di seluruh negeri Perak," kata Akmal lagi.
Pihak media difahamkan arahan melarang couple bukan mahram kalangan
muslim menggunakan couple seat dikeluarkan pada pertengahan 2014 lagi.
Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed berkata,
arahan itu dikeluarkan selepas pihak pengurusan pawagam membuat
permohonan untuk membuka panggung wayang di kawasan itu.
Katanya satu kajian dan tinjauan telah dibuat oleh wakil Ahli Majlis
dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapatkan
reaksi orang ramai, disamping meninjau beberapa pawagam sekitar Kedah
dan Kelantan.
Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pihak pawagam LFS diberi
tanggungjawab memastikan agar pelanggan mematuhi syarat yang
ditetapkan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment