Sunday, July 26, 2015
Nazir Razak, Tony Fernandes Kutuk Penggantungan The Edge...Baik Masuk Politik Lah
PETALING JAYA : Dua pemimpin perniagaan terkemuka mengutuk tindakan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit The Edge
berhubung laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga merupakan adik
kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat
tindakan undang-undang lain yang lebih baik untuk menangani isu itu
berbanding penggantungan permit.
Nazir memuat naik gambar logo The Edge di laman Instagram pada Jumaat
dengan kapsyen 'The Edge adalah tunggak dalam komuniti perniagaan kami -
berperanan besar dalam menyampaikan informasi, jujur &
kompetitif".
"Liputan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak akhir-akhir
ini kelihatan cemerlang tetapi jika terdapat kelemahan, betulkannya atau
ambil tindakan undang-undang.
"Saya mengutuk penggantungan tersebut & ingatan saya kepada semua kakitangan yang terlibat," kata Nazir.
Ketua Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes adalah salah seorang yang
memberikan komen terhadap 'posting' Nazir berkata kebebasan akhbar
adalah tiang demokrasi.
"Terdapat jalan keluar lain jika laporan itu salah. Hari yang menyedihkan, saya amat terkejut," kata Fernandes.
Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan The Edge Weekly
dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan dari 27 Julai.
The Edge dalam satu kenyataan berkata penggantungan itu disebabkan laporan ke atas 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment