Thursday, July 23, 2015

Netizen Mahu Akaun Facebook Mufti Perlis Disekat Kerana Banyak Fitnah

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Aznil Hisham menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat akaun Facebook rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti dilakukan SKMM terhadap laman web Sarawak Report.

Aznil menerusi status di laman Facebook berkata, akaun milik mufti perlis itu sering memuatnaik status tohmahan yang tidak disertakan bukti yang kukuh.

Aznil juga menasihati Dr Asri dengan mengatakan sebagai seorang Mufti, Dr Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghasut serta menambahkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

Oleh itu, Aznil berharap pihak SKMM dapat bertindak dengan menyekat akaun Facebook Dr Maza.com ssepertimana SKMM menyekat laman web Sarawak Report.

"Beliau adalah 'public figure' yang memegang jawatan sebagai Mufti. Setiap tutur kata beliau menjurus kepada kebencian rakyat terhadap kerajaan.

"Malah terdapat dakwaan-dakwaan beliau yang agak 'kurang ajar' dengan menyamakan kerajaan kini umpama seekor khinzir," tulis Aznil dalam statusnya.

Dalam masa sama, aznil turut memuji tindakan SKMM yang menyekat laman web Sarawak Report yang sering mengeluarkan artikel 'fitnah' kerana tidak menyertakan bukti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment