Friday, July 24, 2015
Papagomo Original Kena Cekup Akhirnya...
Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga... itu pepatah
sesuai untuk mengambarkan individu yang menyamar sebagai blogger
Papagomo di facebook dengan menamakan pagenya Papagomo Original.
Menumpang populariti blogger Papagomo, individu tersebut menyebar
berbagai fitnah mengenai pergaduhan kaum selain turut mendakwa merasuah
pihak berkuasa.
Pagi ini, polis menahan individu tersebut di Perak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ?Abu Bakar menerusi Twitternya
berkata, "syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di
Perak".
Sebelum ini, page tersebut mendakwa Khalid meminta rasuah sebanyak
RM20,000 daripada Papagomo untuk menyelesaikan kes penulis blog itu yang
ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa menyebarkan berita palsu
tentang pergaduhan di Plaza Low Yat.
“Satu laporan dibuat untuk membantu siasatan dan siasatan dimulakan
terhadap akaun Facebook ‘Papagomo Original’ yang didakwa memuat naik
‘paparan skrin’ perbualan antara saya bersama penulis blog itu,” kata
Khalid.
Peguam kepada individu didakwa Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut
membuat laporan bahawa akaun Facebook Papagomo Original bukan kepunyaan
penulis blog berkenaan.
Dia memberitahu anak guamnya tidak boleh mengemaskini Facebook kerana ketika itu dalam tahanan polis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment