Friday, July 24, 2015
Boleh Blahhh Lah DAP....PAS Dikecualikan Dari Pakatan 2.0 - Kit Siang
22 Julai 2015, Kuala Lumpur : Akibat memutuskan hubungan dengan DAP, PAS
disingkirkan daripada pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas
berakhirnya kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PAS menjadi punca tamatnya kerjasama Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 2008.
"Semestinya tanpa PAS... Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.
"Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai,"
katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri di Parlimen di
sini, Rabu.
Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah
mengesahkan bahawa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengadakan
pertemuan dan perbincangan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang
berhasrat menubuhkan parti politik baharu.
Kata Kit Siang, selepas berkuburnya Pakatan Rakyat, sebuah gabungan
pembangkang yang baharu perlu dibentuk bagi meneruskan perjuangan
membela nasib rakyat.
"Perbincangan berterusan sudahpun dibuat. Ada keperluan untuk mencari
platform baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.
"Kita sudah bincang mengenai platform baharu ini, sama ada Pakatan Baru,
Pakatan Rakyat 2.0 atau Harapan Baru, kita belum tahu. Ia dalam proses
untuk dibentuk," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment