Wednesday, July 15, 2015
Pakatan Hancur: Exco PAS Selangor Tunggu Apa Lagi...?
Apa lagi yang hendak ditunggu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
dari PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor selepas Majlis Syura Ulama
parti tersebut membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
Jika ikut logik kerajaan Selangor adalah dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR.
Kini dengan keputusan Majlis Syura itu samada PAS mendesak Menteri Besar
Selangor Mohamad Azmin Ali memecat semua Exco DAP, atau Exco PAS
sendiri meletak jawatan.
Bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar exco
PAS perlu meletak jawatan dan dalam masa yang sama jika PAS gagal
berbuat demikian, DAP perlu keluar daripada kerajaan Selangor sekiranya
parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan PAS.
"Kita tidak mahu ini semua hanya sandiwara politik. Jika masih ada exco
atau ADUN PAS menyokong mereka (DAP) sedangkan jika (sudah ada) kata
putus, ADUN PAS (di Selangor) patut letak jawatan," katanya.
Pada Sabtu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata
PAS di negeri itu akan meneruskan kerjasama dan hubungan dengan DAP di
Selangor sehingga menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.
Iskandar berkata hubungan dan kerjasama itu diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment