Wednesday, July 15, 2015
Bila Khalid Samad dan Mujahid Nak Keluar PAS? Akhirnya Dipecat Jua....
Saya selalu ditanya soalan kenapa G18 dan PASMA yang lantang kritik PAS
dan mencanang nak tubuh parti baru tak keluar PAS. Katanya lagi keluar
PASlah baru nampak 'gentleman'.
Saya kata mereka ini takut makan sumpah, mereka masih ada kepercayai
bahawa PAS adalah Jamaah Islam tetapi nafsu mereka sahaja yang lebih
besar daripada akal. Macam syaitan yang tahu akan kebenaran pasal dia
boleh berdiolog dengan Allah tetapi takaburnya tinggi maka dia termasuk
dalam golongan kafir.
Mereka ini tahu mereka ada baiah dengan Jamaah Islam PAS.
Dulu heboh pasal baiah taklid cerai isteri bagi calon PAS. Baiah calon
PAS dalam pilihan raya umum tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri,
tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat
parti. Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh setiausaha agung PAS masa
itu Datuk Mustafa Ali November 2009 lalu.
Cikgu Pa berkata baiah tersebut digunapakai di setiap negeri
selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau
sendiri kali pertama bertanding mewakili PAS telah berbaiah. (gambar di
atas Cikgu Pa menunjukkan contoh baiah Presiden PAS Tuan Guru Haji ABdul
Hadi)
Mustafa Ali berkata lafaz bai'ah tersebut berbunyi:"Wallahi, wabillahi,
watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi)
bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam
pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan
parti ini.
"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan
dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.
Semasa sidang media November 2009 Cikgu Pa menafi wujud baiah talak tiga
isteri, tetapi beliau berkata tak tahu jika ada yang menambahnya.
Walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal
pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah
kandungan bai'ah yang berbeza katanya pada sidang tersebut.
Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid
Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi
mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.
Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di
Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya
berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.Ditanya sama ada PAS
akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan
bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang
telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."
Saya rasa pembaca dah faham. Mujahid dan Khalid Samad masih sayang bini
daripada parti baru Islam Progresif. Takkan dia ni bodoh.
Mereka sekarang sedang berusaha agar PAS pecat mereka, supaya baiah
mereka TERBATAL. Itu sebab saban hari mereka ini menyalak (maaf guna
bahasa binatang), merobek dan mengais PAS di media.
Biarlah dia sekarang ini sedang bersedih tak sangka bahawa ahli akar
umbi boleh tolak mereka walaupun mereka telah lama dinaikkan jadi
pemimpin PAS. Sekurangnya masa kepada mereka 'nak meroyan' dan bila dah
tenang nanti mereka ini sedar akan balik dan muhasabah diri. Kita pun
ahli akar umbi masih sayang mereka.
Bak kata Presiden PAS, anak yang merajuk lari daripada rumah, bila dah
lama dan bosan makan diluar nanti dia akan balik. Bila dia balik nanti
jangan di rotan pula. Biarkan dia akan MALU PADA DIRI SENDIRI atas
perbuatan bodohnya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment