Friday, July 10, 2015
Pembohongan Isu Sirul : Siri Lempar Tuduhan Palsu Makin Jadi “Trend” Menggila
10 Julai 2015, Kuala Lumpur : Puteri UMNO hari ini membidas pihak-pihak
tertentu yang sering melakukan tuduhan tanpa asas dan melontarkan
tohmahan tanpa sedikit pun rasa bersalah untuk bertanggungjawab dengan
perbuatan keji berkenaan.
Exconya, Noorulhuda Marsidin berkata perbuatan melemparkan tuduhan
tanpas asas yang dilihat tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negara
ini khususnya dalam soal-soal melibatkan politik serta memburukkan
kerajaan dan parti UMNO seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ yang menggila.
Mengambil contoh isu terbaru yang dicanang kononnya Sirul Azhar Umar
akan membuat pendedahan dalam kes pembunuhan Altantuya, beliau berkata
penafian peguam Sirul telah membuktikan bahawa berita berkenaan adalah
palsu semata-mata.
“Inilah masalahnya apabila tuduhan tanpa bukti dan kadangkala
mendahului prinsip perundangan menjadi budaya kepada sesetengah pihak
dan itulah modus operandi dalam usaha memburukkan parti UMNO dan
kerajaan.
“Sebab itulah dalam pelbagai isu-isu yang timbul sejak kebelakangan
ini khususnya serangan demi serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak janganlah kita mudah menerimanya bulat-bulat.
“Nawaitu mereka hanyalah mahu memburukkan imej kerajaan dan parti itu
sendiri. Sebab itu bagi saya apa bahan baru dan apa jua tuduhan terkini
perlu disemak terlebih dahulu.
Sudah jadi macam budaya pula… lepas
satu..satu ..lepas satu..satu tetapi bukti dan asasnya tidak wujud,”
katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak-pihak
tertentu yang menyebarkan pelbagai tuduhan tanpa asas dan bukti yang
kukuh seperti isu terbaru hari ini kononnya Sirul Azhar Umar akan
membuat pendedahan dalam kes pembunuhan Altantuya, namun peguam Sirul,
Hasnal Rezua Merican menyebut bahawa berita berkenaan adalah palsu
semata-mata.
Menjelaskan lebih lanjut Noorulhuda seterusnya menambah apa yang
berlaku itu juga menunjukkan tindakan pihak-pihak terbabit cuba
mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan dan parti yang menunjangi
pemerintahan negara.
“Apakah kita sudah lupa bagaimana dengan tuduhan 40,000 rakyat
Bangladesh dikatakan membantu kemenangan BN…Itu baru satu . Kalau dikira
dan kalau dihitung banyak lagi yang tidak berasas dilontarkan.
“Namun bagi mereka apa yang difikirkan adalah memburukkan pihak lawan
dengan apa jua cara kerana semata-mata untuk melihat UMNO dan kerajaan
yang ada hari ini runtuh,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment