Friday, July 10, 2015
Serangan Berterusan Terhadap Najib Usaha Lemahkan BN
10 Julai 2015, Ledang : UMNO kini dikatakan berhadapan dengan krisis
keyakinan kepada kepimpinan, serangan bertali arus dengan pelbagai isu
terhadap kepimpinan negara terutama YAB PM sebenarnya adalah cubaan
untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap kebolehan dan kemampuan
Kerajaan BN dalam mentadbir Negara, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO
Negeri Johor, Sahrihan Jani.
Tambahnya, tidak dinafikan terdapat beberapa isu yang perlu diberi
perhatian oleh kerajaan terutama dalam soal menangani tekanan kos sara
hidup yang sedikit sebanyak meresahkan kebanyakan rakyat berpendapatan
rendah dan sederhana.
“Malaysia pernah berdepan dengan cabaran yang lebih besar semasa
kemelesetan ekonomi sekitar lewat 80an dan kegawatan ekonomi di
penghujung 90an, dengan kepercayaan penuh segenap lapisan masyarakat dan
solidariti kepada kepimpinan, Malaysia telah keluar dari kedua-dua
masalah tersebut dan mampu terus membangun dan kekal fokus mencapai
status negara brpendapatan tinggi.
“Hari ini kita sekali lagi diuji, hari ini kepimpinan negara
khususnya YAB Datuk Seri Najib Razak diasak dengan pelbagai pelbagai
isu, namun saya menyeru orang-orang UMNO khususnya, hendaklah terus
kekal bersolidariti.
“Institusi yang ada bukan sahaja perlu dipertahankan malah harus
dihormati, tuduhan- tuduhan jahat yg dimainkan oleh media asing dan
seolah-olah disambut oleh kita tidak akan dapat membantu negara keluar
dari masalah yang ada,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Ledang.
Ujarnya, dalam masa yang sama pihaknya juga mendesak dan menyeru
pemimpin negara untuk mengambil langkah yang lebih proaktif dan
responsif dalam menangani setiap isu yang menjadi keresahan rakyat.
Tegas beliau tindakan menurut undang-undang perlu segera diambil bagi
menghentikan sebarang penyebaran fitnah yang terus berleluasa dan
membentuk persepsi negatif dikalangan masyarakat
“Rakyat sentiasa memandang dengan penuh sensitif terhadap apa jua tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.
“Pergerakan Pemuda UMNO Johor komited dalam memastikan sokongan
terhadap UMNO dan BN di Johor akan terus kekal dan bertekad untuk
bersama-sama dengan kepimpinan negara dalam berhadapan dengan apa jua
cabaran.
“Kita tidak rela segala apa yang dicapai oleh Malaysia pada hari ini
hasil perjuangan pejuang-pejuang terdahulu diranapkan oleh segelintir
manusia yang oportunis dan manjadi dalang terhadap kemusnahan tamadun
yang telah dan sedang dibina,” tambahnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment