Friday, July 24, 2015
Pemimpin PAS Yang Tubuhkan GHB Perlu Dihukum - Sayap PAS Kelantan
Berikutan tindakan kumpulan progresif PAS menubuhkan Gerakan Harapan
Baru (GHB), tiga dewan PAS di Kelantan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS
(DHPP) negeri itu mendesak satu tindakan tatatertib diambil terhadap
mereka.
Melalui kenyataan yang dibuat secara bersama, empat sayap parti
berkenaan menyifatkan tindakan kumpulan berkenaan sebagai 'terbukti
telah melakukan tindakan yang merugikan parti.
"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.
"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil
bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak
yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB)
ini," kata mereka sebagaimana dipetik laporan Malaysiakini hari ini.
Rentetan daripada ceramah GHB di Kelantan baru-baru ini juga, empat
sayap itu turut menegaskan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdul
Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri
Besar Kelantan.
"Ia sebagai satu gambaran kesepakatan yang dicapai ekoran serangan
berterusan individu-individu yang dikaitkan dengan GHB terhadap
kepimpinan parti dan kerajaan," demikian kenyataan itu lagi.
GHB ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS setelah kalah teruk pada pemilihan parti itu yang berlangsung Jun lalu.
Ia sebagai meneruskan lagi kerjasama pembangkang melalui Pakatan Rakyat 2.0.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment