Friday, July 24, 2015
WSJ Pun Tak Berani Sahkan, Balaci Pulak Yang Terlebih
EDITOR MENULIS...
24 JULAI 2015
Balasan surat dari Wall Street Journal
(WSJ) kepada peguam Datuk Seri Najib kelmarin berhubung penyiaran
artikel yang mendakwa sejumlah besar wang dari 1MDB dimasukkan ke dalam
akaun peribadi beliau awal bulan lepas, membuktikan mereka (WSJ) pun tak
berani mengesahkan betul atau tidak wang sebanyak USD 700 itu dari 1MDB
dan dimasukkan dalam akaun Najib seperti yang diminta pasukan peguam
Najib dalam ‘letter of clarification” sebelumnya.
Cuma kata WSJ dalam surat tersebut,
setakat apa dokumen, apa ‘bukti’ yang mereka ada sudah memadai untuk
menyokong maksud penulisan tersebut bahawa kebarangkalian transaksi itu
wujud memang ada. Kalau dokumen itu palsu, salah dokumenlah bukan WSJ.
Begitu juga kalau bukti dah diubahsuai, itupun salah buktilah, bukan
salah WSJ.
Malah, kalau orang anggap dari
penerbitan artikel tersebut memang sah Najib masuk duit songlap itu
dalam akaun peribadinya pun bukan salah WSJ juga kerana mereka sendiri
tidak sahkan di dalam artikel berkenaan, orang yang anggap itulah salah.
Begitulah maksud mudah dari balasan surat WSJ kepada peguam Perdana Menteri semalam.
Nampak tak dia berbelit macam mana?
Semua nak lepaskan diri mereka saja. Tapi diperingkat ini, itu semua
sudah tidak penting lagi, yang penting sekarang, jawapan WSJ itu sendiri
menunjukkan Najib tidak bersalah dan tuduhan itu hanya bersifat
spekulasi.
Boleh bubar pasukan penyiasat khas yang
ditubuhkan oleh Perdana Menteri itu sendiri pun kalau mahu sebab nampak
sangat sudah tidak ada kes.
Saya bagaimanapun percaya tugas
pasukan penyiasat khas akan berterusan sampai ke sudah sebab banyak
perkembangan dalam siasatan tersebut menjurus kepada siapa yang terlibat
memalsukan dokumen yang diserah kepada WSJ.
Tindakan WSJ membalas letter of
clarification yang dihantar peguam Najib juga membuktikan bahawa proses
untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas WSJ adalah berada di
laluan yang betul – tak seperti yang dipromosikan balaci pembangkang dan
Tun Mahathir sebelum ini bahawa proses itu adalah ‘luar biasa’.
Kalau letter of clarification itu tidak mengikut prosedur, saya yakin WSJ tidak akan membuang masa membalasnya.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment