Sunday, July 12, 2015
Pengerusi BNBBC Akan Dilantik Menteri Kanan... Ramal Awang Selamat
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir
Samad diramalkan oleh Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Awang
Selama akan dibawa masuk semula ke Kabinet dan bakal menjadi Menteri
kanan.
Shahrir adalah tokoh yang berpengaruh, disegani ramai dan berpengalaman
luas yang boleh membantu Kabinet terutama dalam menghadapi situasi
politik yang mencabar kebelakangan ini.
Shahrir mungkin tidak selesa nama beliau menjadi mainan spekulasi yang
belum pasti kesahihannya tetapi itulah resam dunia politik, yang
terdedah kepada apa sahaja.
“Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang
bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang
sukar dan ketika berdepan krisis.
“Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada
dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah
kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana
tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu,” kata Awang Selamat.
Menurut Awang Selamat, dalam rombakan kabinet yang dijangka tidak lama
lagi, salah seorang Menteri yang digugurkan itu akan ditawarkan sebagai
Pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Akhbar itu turut meramalkan Menteri Pembangunan luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal akan bertukar portfolio.
Shafie, antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak senada dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kontroversi 1MDB.
Malah, cakap-cakap politik mendakwa skandal pembelian hartanah Majlis
Amanah Rakyat (MARA) di Australia lebih mensasar untuk menjatuhkan
reputasi Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab.
Seorang lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut dinamakan akan bertukar pottfolio.
“Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel
kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC
September depan. Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku
jawatan tersebut,” tulis Awang Selamat.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment