Sunday, July 12, 2015
WSJ Alat Kuasa Barat Jatuhkan Pemimpin Islam - ASWAJA
ASWAJA menyambut baik langkah kerajaan yang bertegas dengan kenyataan
fitnah WSJ berhubung dakwaan mereka yang mengaitkan penyaluran wang
terhadap pemimpin nombor satu negara kita.
2.ASWAJA juga menyokong langkah Perdana Menteri yang bertindak mengambil
tindakan undang-undang terhadap WSJ demi membersihkan imej PM dan
integriti kepemimpinan negara.
3. Sehubungan dengan itu dalam tempoh ini semua pihak perlu bertenang
dan memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan
sepenuhnya terhadap dakwaan itu. Jangan mudah terpengaruh dengan
sebarang propaganda yang dimainkan oleh pihak yang ingin meruntuhkan
kedaulatan negara kita. Kita perlu bersatu dan berdiri teguh dengan
kepimpinan sedia ada demi survival Islam dan kepentingan negara.
4. Kita harus sedar bahawa WSJ adalah salah tu alat kuasa besar barat
untuk menjatuhkan seseorang pemimpin yang tegas demi mencapai matlamat
jahat mereka. Kita perlu melihat sejarah bagaimana beberapa pemimpin
Islam difitnah oleh WSJ apabila pemimpin berkenaan tidak sealiran dgan
aspirasi barat.
5. Sewajarnya sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam kita perlu
berwaspada dalam menerima sebarang maklumat. Jangan sesekali kita
mendengar dan menerima sepenuhnya apa yang dikhabarkan oleh orang fasiq.
Apatah lagi bahan berita berkenaan datangnya dari kumpulan Yahudi licik
yang sememangnya diisytihar oleh Allah sbg musuh kpd Islam.
6. Justeru, semua pihak dinasihatkan bertenang, bersabar dan memberi
ruang dan peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan
sepenuhnya. Janganlah sesekali kita mengambil tindakan terburu-buru yang
akhirnya akan merugikan agama, bangsa dan negara.
Bersempena dengan 10 terakhir Ramadhan ini marilah kita perbanyakkan
istighfar,membaca al-Quran, solat, selawat dan berdoa agar Allah
mengurniakan hidayah kepada kita semua. Sekaligus mengeluarkan kita dari
kemelut fitnah dunia yg mencengkam ini.
Sekian terima kasih.
Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA
10 Julai 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment