Sunday, July 12, 2015
Kata Sudah Berpisah Dengan DAP!!! Hubungan PAS-DAP-PKR Di Selangor Diteruskan Seperti Biasa - Iskandar Samad
Shah Alam : PAS Selangor akan meneruskan hubungan dengan DAP-PKR sehingga
menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa PAS Puasat (JKPP), tegas
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Majlis Syura
Ulamak pada Jumaat yang memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal
namun masih komited dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kerjasama DAP, PKR dan PAS
dalam kerajaan negeri Selangor akan diteruskan demi menjaga amanah
rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
"Hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan
jawatan-jawatan kerajaan seperti Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis
dan Ketua Kampung maka akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang
diterima pada PRU13.
"PAS Selangor dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) telah memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.
"Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini telah diserahkan
kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan
keperluan politik semasa", katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi
Salleh memberitahu keputusan sayap tertinggi dalam PAS itu berhubung
putus hubungan dengan DAP akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat
untuk tindakan seterusnya.
Keputusan Majlis Syura Ulamak itu tidak mengejutkan malah ia sudahpun
dijangka memandangkan tindakan provokasi melampau DAP terhadap parti
Islam itu.
DAP juga konsisten menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
PAS menerusi muktamar tahunannya di Hulu Selangor pada 6 Jun lalu
meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Bagaimanapun usul tersebut perlu diputuskan Majlis Syura Ulamak sebelum ia menjadi ketetapan rasmi parti itu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment