Sunday, July 12, 2015
Tiada Makna Berpolitik Jika Hanya Pandai Melampiaskan Kebencian – Mahasiswa Nasional
10 Julai 2015, Kuala Lumpur : Wakil kepimpinan Mahasiswa Nasional, Tengku
Izwan Fareed Tengku Ismail menimbulkan persoalan apakah sumbangan
mahasiswa yang menyertai pakatan pembangkang kepada negara secara amnya
kerana jika bertujuan hanya untuk mengkritik serta memburukkan kerajaan,
itu bukanlah sumbangan tetapi hanyalah kebencian yang dilampiaskan
sahaja.
Beliau berpandangan demikian di dalam satu kenyataan yang mengulas
mengenai penyertaan beberapa orang pemimpin mahasiswa menyertai parti
pembangkang.
“Hari ini kami juga pelik dengan tindakan mahasiswa yang menggunakan
platform mereka sebagai pemimpin pelajar untuk menyatakan sokongan
kepada parti politik sedangkan dulu bila mahasiswa mengatakan diri
mereka penyokong UMNO mereka dicaci, dimaki dan dihina oleh segelintir
penyokong tegar pembangkang.
“Adakah mereka ini ‘copycat’ atau sengaja untuk memperlihatkan bahawasanya mahasiswa sekarang di belakang mereka?,” soalnya.
Walaupun begitu, beliau yakin UMNO tidak pernah hilang sokongan padu
dari mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai entiti seperti Sekretariat
Mahasiswa Nasional, Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP), Siswa4u (S4U)
dan pelbagai lagi persatuan yang tetap berdiri teguh di belakang parti
yang banyak berjasa membela nasib bangsa itu.
Menurutnya lagi, kerajaan selama ini sememangnya mengiktiraf peranan
mahasiswa dan juga bertindak sebagai ‘third force’ kepada kepimpinan
UMNO dan kerajaan dalam membentuk dasar dan polisi yang melibatkan
pelajar.
“Antaranya seperti penggunaan Kad Siswa 1 Malaysia, penurunan tambang
penerbangan AirAsia kepada mahasiswa dan soal kebajikan yang perlu
dipandang serius oleh kerajaan,” tambahnya.
Begitu juga diberi peranan dalam meraih sokongan pengundi muda dan
menyediakan pelbagai medan diskusi untuk menjawab segala isu yang
melibatkan kepimpinan kerajaan dan UMNO khususnya bagi menghapuskan
segala persepsi buruk segelintir rakyat yang dilemparkan oleh pihak
pembangkang, tambah penuntut jurusan Pendidikan Matematik, Universiti
Teknologi Mara (UiTM) itu lagi.
“Kami dari barisan mahasiswa ini sentiasa ikhlas dalam perjuangan kami untuk membantu mengukuhkan reputasi UMNO di mata rakyat.
“Biarlah kami digelar dengan pelbagai ejekan dan tohmahan, namun kami
tidak rela melihat UMNO rebah di bumi sendiri dan sudah menjadi
tanggungjawab kami selaku mahasiswa yang bakal menggantikan kepimpinan
kerajaan akan datang untuk memikul tanggungjawab memelihara agama,
bangsa dan negara di bumi tercinta ini.
“Sebab itu, kami dengan berani menyatakan sokongan kami kepada UMNO
melihatkan kepada polemik yang sedang berlaku dalam kalangan mahasiswa
yang segelintir dari mereka hanya menyertai sesuatu badan politik hanya
untuk memperoleh pangkat dan nama yang akhirnya menggadai maruah agama,
bangsa dan negara,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment