Sunday, July 12, 2015
Laporan Awal 1MDB Tiada Kesangsian… Jalan Kebenaran Pasti Akan Muncul – Anuar
10 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap yakin
dan percaya kebenaran tentang pembohongan serta pelbagai tuduhan
terhadap 1MDB akan terungkai kelak selain berjaya menemui jalan
kebenaran.
Menurut beliau berdasarkan siasatan awal laporan 1MDB bahawa tiada
kesangsian sewajarnya memberi kefahaman kepada semua pihak bahawa apa
yang ditohmah dan apa yang dijaja selama ini berkenaan dengan 1MDB
adalah tidak benar dan penuh dengan kepalsuan.
“Keyakinan saya ada asasnya dan kepercayaan saya juga begitulah dan
saya yakin semua pihak akan dapat menerima dengan baik segala laporan
yang dibentangkan. Kecuali mereka-mereka yang ada motif tersembunyi
wallahua’lam.
“Ini kerana berdasarkan laporan daripada pihak berkaitan tidak ada
kesangsian sudah tentulah ianya telah mengambil kira pelbagai faktor
dengan membuat siasatan terperinci. Takkan mereka nak cakap begitu
sahaja.
“Dalam perkara ini kita harus berlapang dada menerima laporan
mengenainya. Jika mana-mana pihak sentiasa memanandang sinis atau
sebaliknya sudah pastilah laporan tersebut tidak akan ke mana dan tidak
memberi apa-apa makna buat mereka,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini,
hari ini.
Laporan awal Jabatan Audit Negara terhadap syarikat pelaburan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati tiada apa-apa yang
meragukan selepas kesemua akaun selesai diaudit.
Perkara tersebut didedahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
di bawah Parlimen Malaysia dalam satu sidang media diadakan di sini pada
Khamis oleh ketuanya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Jawatankuasa itu yang disertai kedua-dua belah pihak anggota parlimen
BN dan pembangkang mendedahkan, laporan Ketua Audit Negara mengesahkan
tiada apa-apa luar biasa di sebalik kritikan 1MDB kurang bekerjasama.
Menjelaskan lebih lanjut Anuar yang juga Ketua Pemuda Sekijang
seterusnya percaya segala laporan berkenaan tidak akan memuaskan hati
sesetengah pihak khususnya mereka yang ingin memburukkan kerajaan hari
ini.
Katanya keluarlah apa laporan sekali pun jika hati dan perasaan yang
tidak ikhlas untuk menerima dengan hati terbuka sudah tentulah tidak
akan meyakini mana-mana pihak.
“Justeru kita yakin dengan laporan awal yang tidak ada kesangsian
sudah pasti diyakini jalan pengakhirannya kelak akan menemui cahaya
kebenaran,“ katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment