Sunday, July 12, 2015
UPKO Gesa Rakyat M’sia Pelihara Keamanan Dan Harmoni
11 Julai 2015, Kiulu : Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
(UPKO) hari ini menggesa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan
kepercayaan supaya melipatgandakan usaha dalam memelihara, melindungi
serta memperkukuhkan keamanan dah keharmonian di negara ini.
“Kita tinggal di sebuah negara yang aman selama lima dekad. Perpaduan
dalam kepelbagaian dapat memastikan keharmonian dan kemajuan. Namun
keadaan ini bukan tetap. Kita perlu sentiasa melindungi, memelihara dan
memupuknya,” kata Pemangku Presiden UPKO Datuk Madius Tangau.
Tangau berkata terdapat contoh amalan hak asasi manusia dengan
kepercayaan seseorang itu tidak dihormati, “tetapi ini kejadian
terpencil dan bukan perkara biasa”.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment