Sunday, July 12, 2015

Kesepakatan, Perpaduan Tunjang Kekuatan UMNO Sabah – Musa Aman

12 Julai 2015, Sandakan : Kesepakatan dan perpaduan menjadi tunjang utama kepada UMNO Sabah dalam menyelesaikan segala permasalahan dalam parti, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sehubungan itu, katanya, perkara itu sentiasa diberi penekanan dalam UMNO dan juga dalam Barisan Nasional (BN) Sabah.
http://esscom.gov.my/wp-content/uploads/2014/07/musa-aman.jpg
“Saya katakan kepada semua pemimpin dan ahli UMNO Sabah dan parti komponen BN Sabah, kalau ada masalah kita selesaikan secara bersama dan bincang.

“Ini petua ada pada kita untuk meneruskan UMNO dan BN Sabah mantap untuk membangunkan negeri ini serta membela rakyat,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon Lima di sini, semalam.

UMNO Zon Lima Sabah terdiri Bahagian Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Kinabatangan dan Beluran.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mahu anggota parti itu dan BN Sabah sama-sama memperkukuhkan perpaduan yang sedia terjalin dan menjadi kekuatan kesepakatan kaum tanpa mengira agama di negeri ini.

Katanya ia penting dalam menunaikan mandat diberikan rakyat yang merupakan amanah besar untuk ditunaikan bagi menjaga kebajikan rakyat.

“Sebab itu, saya sentiasa mengingatkan pemimpin di negeri ini supaya kurangkan bercakap tetapi banyakkan bekerja.

“Ini memerlukan mereka rajin berjumpa rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan mencari pendekatan terbaik menyelesaikannya,” kata Musa.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment