Friday, July 10, 2015
Penyeluk Saku Vietnam Tumpas Di KLCC Jadi Viral Di Facebook
Dua penyeluk saku warga Vietnam yang aktif di sekitar pusat membeli belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC) akhirnya tumpas.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Jannah Adam Thevan
menceritakan kejadian yang menimpanya menerusi laman sosial berkenaan
yang dikongsi hampir 5,000 pengguna yang lain.
Jannah yang merupakan mangsa penyeluk saku itu berkata kejadian bermula
di sebuah butik di KLCC apabila dia didatangi oleh seorang wanita yang
tidak dikenali pada 5 Julai lalu.
Kehilangan dompetnya disedari ketika ingin membuat pembayaran di premis
berlainan tidak jauh daripada butik yang dikunjunginya sebelum itu.
“Ketika saya berada di butik Zara sedang memilih beberapa pakaian, saya
menyedari seorang wanita berusia berdiri berhampiran saya dan menolak
saya.
“Saya pergi ke Kiosk Mark & Spencer untuk membeli coklat dan biskut yang terletak di hadapan butik Zara.
“Ketika ingin membuat pembayaran, saya baru menyedari bahawa dompet saya telah hilang,” tulisnya.
Dia kemudiannya kembali ke butik berkenaan untuk memaklumkan perkara
berkenaan kepada pengurus butik sebelum pengurus berkenaan menunjukkan
rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Rakaman CCTV menunjukkan Jannah sebenarnya dikelilingi oleh wanita
terbabit dan dua lagi rakannya yang bertindak menyeluk beg tangannya
untuk mencuri dompet.
Bagaimanapun nasib menyebelahinya apabila kelibat suspek dan dua lagi rakannya disedari di sebuah lagi premis berhampiran.
“Mereka telah dibawa ke pejabat keselamatan KLCC untuk siasatan.
“Suspek berasal dari Vietnam, mereka menyembunyikan banyak wang tunai
mereka curi (termasuk wang saya RM2,015.00, semua timbunan wang ditemui
di dalam poket rahsia dalam pakaian dalamnya),” jelas Jannah.
Maklumat itu diperoleh daripada seorang lagi wanita yang menjadi mangsa pencuri yang sama beberapa hari sebelum itu.
Bagaimanapun, salah seorang rakan suspek berjaya melarikan diri,
manakala dua lagi berjaya diberkas dengan bantuan pengawal keselamatan.
Menurut Jannah, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dangi Wangi
untuk siasatan lanjut selepas dihubungi pengurus pegawai keselamatan
KLCC.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment