Friday, July 10, 2015
Malulah Ada Melayu Seperti ini.....Lim Kit Siang Paling Kenal Saya - A.Samad Said
9 Julai 2015, Petaling Jaya : Sasterawan negara Datuk A. Samad Said berkata Lim Kit
Siang adalah seorang rakan yang paling memahami diri dan perjuangannya.
Beliau berkata, penasihat DAP itu paling mengenali dirinya berbanding rakan-rakannya lain yang berbangsa Melayu.
“Ada teman yang faham, ada teman yang tak faham.
“Tapi yang paling kenal diri saya adalah Lim Kit Siang. Kami sama-sama
kerja sebagai wartawan pada tahun 60-an dulu,” katanya ketika berucap di
Majlis Berbuka Puasa Bersih 2.0 di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kritikan-kritikan yang
diterimanya apabila beliau mengambil keputusan untuk menyertai DAP.
Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad berkata, setelah menghabiskan masa
selama enam dekad dengan menulis tetapi ketika berusia 83 tahun, beliau
memutuskan untuk mencari sedikit kelainan dengan menyertai politik
secara langsung.
“Terakhir saya cari jalan sedikit lain. Saya kata kepada Lim Kit Siang
orang selalu ambil ‘new blood’, tapi ini ambil ‘old blood’.
“Tidak apa-apa, saya cuma mahu berkhidmat kepada rakyat. Parti itu mempunyai impian yang sesuai dengan diri saya,” katanya.
Pak Samad berkata, beliau sedar tindakannya itu telah mengundang
kritikan-kritikan daripada pelbagai pihak termasuklah yang mengaitkan
tindakannya dengan akhirat.
Katanya, terdapat dua individu yang berpandangan keputusannya menyertai
DAP sebagai ‘penghalang’ untuk masuk ke syurga iaitu penceramah bebas,
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Ikatan Muslim Muslim
Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman.
“Ada dua orang ini yang ‘halang’ saya masuk syurga, itu tak apa.
“Saya hanya tak mahu sia-siakan usia saya ini,” katanya.
Ridhuan Tee sebelum ini mengkritik Pak Samad dan menasihatkannya supaya
memilih wadah politik atau pekerjaan yang boleh membawa ke syurga, bukan
memilih menyertai DAP.
Abdullah Zaik pula berkata Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan bukan memilih menyertai DAP.
Pak Samad pada Jun lalu secara rasminya menyertai DAP yang sebelum ini
sering kali diserang Umno dan PAS kerana dikatakan parti cauvanis Cina.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment