Tuesday, July 07, 2015
PM Umum Duit Raya Dan Dividen Felda RM88.8 Juta
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui
pegangan Felda dalam syarikat ini yang berjumlah lebih RM59.2 juta.
Perdana Menteri yang menghadiri majlis Ihya’ Rahmat Ramadan Warga
Felda peringkat kebangsaan 2015, juga menyampaikan duit raya kepada
peneroka Felda dengan jumlah keseluruhannya lebih RM29.6 juta. Dividen
FGV dan pemberian duit raya akan dibayar mulai 13 Julai ini.
Seramai 98,688 peneroka yang bersama Felda dan layak masing-masing
akan menerima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya, manakala
13,947 peneroka yang tidak bersama Felda tidak mendapat dividen dan duit
raya.
Peneroka yang tidak bersama Felda Felda adalah mereka yang tidak
menanam semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang ke
Felda, berurusniaga tanah tanpa kebenaran Felda dan menyaman Felda.
“Saya berharap pemberian duit raya akan dapat meringankan beban
kewangan peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,’’
katanya di Padang Awam Felda Pasoh 4, dekat sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri melawat rumah contoh Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Pasoh 1 dekat sini.
Ketibaan Najib disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan;
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Hasan Malek; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias.
Projek perumahan itu bermula pada dua tahun lalu dan akan diserahkan
kepada generasi kedua Felda berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap unit
melibatkan pembinaan sebanyak 144 unit di Felda Pasoh 1.
Dipetik daripada sumber : UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment