EDITOR MENULIS...
7 JULAI 2015
Apabila muncul tuduhan bahawa sebanyak USD 700
juta wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan melalui
pelbagai transaksi ke dalam beberapa akaun yang didakwa milik Perdana
Menteri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sendiri mengarahkan
penubuhan Pasukan Khas menyiasat tuduhan tersebut.
Pasukan penyiasat ini terdiri daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul
Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Sebentar tadi Pasukan Khas ini mengumumkan enam akaun dibekukan tanpa menjelaskan milik siapa.
Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas
Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil
oleh Pasukan ini sehingga kini.
Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.
Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.
Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan
isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia
oleh bank terbabit.
Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada
semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan
siasatan.
Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia
Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara Malaysia
Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Namun Malaysiakini yang memetik sumber dalaman penyiasatan menyatakan
tiga daripada akaun tersebut milik Mohd Najib Razak manakala tiga lagi
tidak didedahkan oleh sumber tersebut.
This was revealed by a highly placed source familiar with
the ongoing investigation into the scandal that has threatened Najib’s
political career.
“Yes, the three accounts are his (Najib’s),” said the source, who spoke on condition of anonymity.
“We have to be careful and tread cautiously on this matter,” he told
Malaysiakini, but declined to reveal details on the other three
accounts.
Malaysiakini Berbohong atau ada Brutus?
Mengapa sumber Malaysiakini mendedahkan tiga akaun milik Najib Razak tetapi enggan mendedahkan tiga lagi akaun yang dibekukan?
Apakah ada yang lebih besar dari kedudukan Perdana Menteri
sehinggakan tidak mengapa mendedahkan nama Najib tetapi tidak boleh
dedahkan tiga akaun lagi?
Sama ada Malaysiakini berbohong atau ada orang tertentu dalam pasukan
terbabit yang menjadi agen memporak-perandakan politik negara demi
kepentingan pihak lain dalam UMNO.
Apakah ada Brutus di kalangan ahli pasukan Task Force ini?
Raja Petra Kamaruddin mengandaikan dokumen-dokumen ini sama ada diubah atau tulen telah dibocorkan kerana
ada kumpulan tertentu khuatir penyiasatan mendapati tiada salah guna
kuasa dilakukan oleh Mohd Najib Razak. Jika ini berlaku ia akan
menjejaskan agenda mereka menukar Mohd Najib yang sudah terlewat
sebulan.
The anti-Najib forces do not want to wait for the
taskforce or PAC to complete their investigations. What if the taskforce
or PAC comes out with a verdict that says Najib is innocent of all
allegations and that they have not found any evidence to prove that the
Prime Minister is guilty of embezzlement or stealing?
After all, this is
the allegation and if no theft is proven then the whole case against
Najib falls to pieces.
So before any conclusive evidence is revealed, that may or may not
clear Najib, they want to ‘play safe’ and oust him now. In that way, in
case the whole thing does not work out the way they hope, and Najib is
not implicated in theft, then Najib would be out anyway so it no longer
matters.
Even while the taskforce, which Bank Negara is a member of, announces
that the investigation is proceeding (see above), someone from Bank
Negara leaks even more documents to the Wall Street Journal. The
question is are these documents fake or doctored or are they authentic?
And if they are authentic then who from Bank Negara or from the
taskforce leaked these documents?
Tuduhan Ke Atas Najib Razak Masih Gosip Tanpa Bukti
Dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Wall Street Journal hari ini langsung tidak menunjukkan kehadiran
nama Mohd Najib Razak pada akaun terbabit yang sengaja dipadamkan.
Jika benar ia akaun Mohd Najib Razak mengapa ia perlu digelapkan?
Jika sebelum ini Wall Street Journal memaparkan keseluruhan nombor akaun
bank yang dikatakan milik Mohd Najib mengapa hari ini menggelapkannya?
Jika dokumen tersebut dari sumber penyiasatan Malaysia mengapa sumber
tersebut menggelapkan nama dan nombor tersebut sedangkan ia mahu
menjatuhkan Mohd Najib?
Apakah kerana ia tidak terkait dengan Mohd Najib maka ia perlu dihitamkan?
Malahan lebih mengejutkan, tuduhan bahawa ia akaun peribadi Mohd
Najib tetapi terdapat terlalu banyak orang yang mengendalikannya.
Bagaimana ia satu akaun peribadi jika ada beberapa orang boleh
mengeluarkan wang atau melakukan transaksi?
Lihat surat Nik Kamil kepada Pengurus Ambank. Beliau melantik
seseorang lain pula sebagai pengendali akaun terbabit apabila beliau dan
pemegang akaun utama tiada dalam negara.
Sudah tiba masanya pasukan penyiasat ini mendedahkan keenam-enam
penama akaun terbabit dan juga menyiasat siapakah “brutus” di kalangan
mereka.
LEBIH PENTING KITA MAHU WSJ TUNJUKKAN MANA BUKTI IA AKAUN MOHD NAJIB
RAZAK. YANG ADA SEKARANGA HANYALAH NOMBOR AKAUN DENGAN ANDAIAN IA MILIK
PERDANA MENTERI. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIBERIKAN WALAUPUN TAMPAK SEPERTI
TULEN IA LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN NAMA PERDANA MENTERI MOHD NAJIB
RAZAK
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment