Tuesday, July 07, 2015

Sarawak Report Diserang Kerana Berbohong

7 Julai 2015, Kuala Lumpur : Serangan siber terhadap Sarawak Report merupakan 'pembalasan' terhadap tindakan laman web itu yang banyak melakukan pembohongan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia merupakan akibat selepas laman itu terlalu banyak membuat hasutan serta fitnah kepada rakyat negara ini.

"Baguslah. Lagipun banyak sangat pembohong, fitnah dan hasutan telah dibuat mereka," katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Wan Junaidi mengulas serangan siber ke atas laman web Sarawak Report sejak awal pagi Selasa. Bagaimanapun laman itu kembali beroperasi pada petang hari yang sama. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment