Tuesday, July 07, 2015
Wayang Pembangkang Di Parlimen... Tak Dapat Sambutan MP BN
Masa Bang Non dengan kes liwat 2.0,
takde pula macai pembangkang minta dia 'berehat' daripada politik siap
boleh minta tangguh 66 kali di mahkamah dan road show hentam hakim.
Hipokrit betul!!!
Wayang yang cuba dipentaskan oleh pembangkang di parlimen pagi Selasa
tidak mendapat sambutan seorang pun MP BN... sebelum ini ketua
pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjemput semua MP
termasuk BN kononnya berbincang mengenai masa depan negara selepas isu
'pendedahan' Wall Street Journal (WSJ).
Pagi Selasa, lokasi yang sepatutnya jadi tempat berkumpul iaitu Bilik
Taklimat, Bangunan Sementara, Parlimen sudah ditempaH lebih awal oleh
satu kementerian.
Baru pecah tong bahawa selama ini pembangkang main umum saja lokasi
tanpa buat tempahan dan 'drama' pun bermula apabila mereka berkumpul di
Dataran Parlimen iaitu tapak padang kawad Tabik Hormat, bersebelahan
Menara Parlimen.
Selain ahli parlimen DAP, PKR dan PAS ada juga beberapa muka yang
'familiar' penyokong pembangkang yang dakwa mereka pemimpin NGO macam
datuk S Ambiga, Hishamuddin Rais, dan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu
Bard.
Wan Azizah dalam sidang medianya menggesa Perdana Menteri itu berehat
seketika daripada mentadbir negara sehinggalah siasatan terhadap salah
lakunya itu selesai.
"Dakwaan terhadap Najib itu sangat serius dan kerana itulah kami semua berkumpul di sini.
"Peguam Negara sendiri telah melihat dokumen seperti yang didedahkan TWSJ.
"Najib harus berehat seketika dan dalam masa yang sama membenarkan satu
badan bebas untuk menyiasat dakwaan terhadap beliau," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment