Friday, July 24, 2015

Sebar Maklumat Palsu Serang Kerajaan, Perbuatan Terdesak Dan Terkutuk

24 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim menyifatkan perbuatan menggunakan maklumat palsu untuk menyerang dan menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang sah adalah satu perbuatan terkutuk dan terdesak.

Tegas beliau, sebagai sebuah negara demokrasi, setiap individu harus menghormati amanah yang diberikan rakyat kepada parti memerintah melalui pilihan raya setiap lima tahun sekali.
Irmohizam_Rakyat_News
“Barisan Nasional (BN) telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Oleh itu semua orang harus menghormati keputusan ini. Maka janganlah kita menggunakan maklumat palsu untuk mempengaruhi rakyat membenci kerajaan sediada apatah lagi cubaan untuk menjatuhkan seebuah kerajaan itu.

“Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang tidak matang dan tidak bertamadun. Ia harus dikutuk sekeras-kerasnya,”ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Irmohizam yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, perbuatan tidak beretika ini juga boleh memberi impak yang negatif kepada ekonomi negara.

Penyebaran maklumat-maklumat palsu terutama yang berkaitan imej kerajaan katanya lagi sudah pasti memberi persepsi tidak baik kepada pelabur lauar untuk membuat pelaburan di negara ini.

“Bila pelabur tidak berminat lagi untuk menjalankan perniagaan atau ekonomi mereka di sini sudah pasti rakyat juga yang akan mendapat tempiasnya.

“Kenapa kita perlu rosakkan imej negara kiat sendiri. Kita boleh berpolitik tetapi biarlah berpada-pada.  Rakyat harus menolak politik melampau yang setiap hari cuba membusuk nama negaradengan maklumat-maklumat palsu dan tidak benar”, katanya.

Justeru beliau mengingatkan dalam dunia tanpa sempadan ini akan ada banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah dan sebagainya untuk mengelirukan rakyat bagi menjayakan agenda sempit.

“Kepada rayat kita sepatutnya siasat dahulu sebarang berita sebelum mempercayainya,”ujar beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment