Friday, July 24, 2015
Ulama PAS Kelantan Mahu Pengkhianat Parti Dikenakan Hukuman
Pas Kelantan hari ini mendesak Pas Pusat menghukum pemimpin serta ahli
Pas yang merancang menubuhkan parti Gerakan Harapan Baharu (GHB).
Menurut Pas Kelantan, mereka yang merancang dan menyertai GHB perlu
dikenakan tindakan tatatertib ekoran mengkhianat parti selepas gagal
memperolehi jawatan dalam parti.
Selain itu, tindakan mereka untuk menubuhkan parti baru itu dengan
memburuk-buruk Pas juga bakal memberi kesan kepada parti Islam itu.
"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan Pas secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.
"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajib diambil
bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak
yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB)
ini," kata mereka.
Desakan tersebut dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk
Hassan Mahmood, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua
Dewan Pemuda, Ahmad Fadli Shaari dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas,
Lim Guan Seng.
Mereka memaklumkan desakan tersebut dibuat bagi menyatakan sokongan
terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan negeri
Kelantan dibawah kepimpinan Pas.
"Ia sebagai satu gambaran kesepakatan yang dicapai ekoran serangan
berterusan individu-individu yang dikaitkan dengan GHB terhadap
kepimpinan parti dan kerajaan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment