Monday, July 13, 2015
Serangan Fitnah Tidak Jejaskan Tumpuan Gerak Kerja Pemuda Wilayah Hadapi PRU-14
13 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan,
Razlan Muhammad Rafii berkata, gerak kerja untuk menghadapi Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-14 sedikitpun tidak terganggu walaupun sejak kebelakangan
ini Presiden UMNO digasak dengan pelbagai fitnah.
Jelasnya, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan tidak melayan perkara sebegini kerana apa yang penting adalah usaha pengukuhan parti.
“Saya tidak menolak di kalangan ahli sendiri memang ada yang
tertanya-tanya jawapan terhadap pelbagai fitnah yang dilemparkan. Oleh
itu, kita sering mengadakan sesi tertutup bagi menjawab dan memberi
penerangan.
“Ini penting agar gerak kerja kita menghadapi PRU-14 tidak terjejas,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Pemuda Wilayah Persekutuan
akan tetap berdiri teguh di belakang presiden parti dan segala fitnah
yang dilemparkan adalah satu cabaran kepada Pemuda untuk membantu parti
ke arah yang lebih baik.
Pada masa yang sama tambahnya lagi cukup kesal dengan sikap
segelintir masyarakat yang mudah mempercayai berita daripada sumber yang
tidak sahih.
“Kita lihat ini adalah cubaan daripada pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk melemahkan negara ini. Hari ini, serangan bukan
sahaja daripada dalam negara, malah media barat juga mengambil peluang.
“Mereka mahu menyerang negara ini sudah lama. Kini bila mereka nampak
peluang itu maka pelbagai fitnah dan serangan dilemparkan untuk
melemahkan Malaysia. Jadi, janganlah mudah terpengaruh sehingga memberi
kesan negatif kepada keamanan dan kerukunan yang selama ini kita
kecapi,” katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment