Wednesday, July 08, 2015
Siapa DAP Dan Tunjuk Kebodohannya...Undur Atau Kami Anjur Demo, DAP Ancam Najib
8 Julai 2015, Kuala Lumpur : Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan suara
akar umbi dan berdolak-dalih daripada meletakkan semua jawatannya dalam
kerajaan.
Ahli Parlimen (DAP-Seremban), Anthony Loke berkata, jika Najib enggan
memenuhi tuntutan itu, beliau tidak menolak satu demonstrasi
besar-besaran akan dilakukan semua pihak termasuk oleh Gabungan Pilihan
Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
"Suara-suara itu amat kuat sekarang dan dengan mesyuarat pada hari ini
(semalam), Perdana Menteri tidak boleh lagi menafikan perkara ini, sama
ada beliau meletakkan jawatan ataupun sekurang kurangnya mengambil cuti
untuk siasatan diadakan.
"Kalau dia terus berdolak-dalih, saya tidak menolak kemungkinan bahawa
satu gerakan demonstrasi akan diadakan secara besar-besaran untuk
menuntut supaya beliau meletakkan jawatan," katanya kepada Sinar Online
di Dataran Parlimen, di sini, semalam.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berhasrat menganjurkan
'perhimpunan Bersih 4' sekiranya siasatan terhadap syarikat yang sarat
hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih tiada jawapan.
Beliau turut menggesa Najib bercuti daripada semua jawatannya, agar
siasatan berhubung skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street
Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun
peribadinya dapat dijalankan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment