Wednesday, July 08, 2015
Siapa Kata Selama Ini...... Felda Tidak Bankrap
Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan warga Felda dan pemegang saham
supaya tidak berasa bimbang dan resah dengan kejatuhan saham Felda
Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sejak beberapa hari lalu.
Ini kerana kata Perdana Menteri, Felda mempunyai banyak perancangan
untuk mengembalikan pengukuhan harga saham FGV dan perkara berkenaan
akan dilakukan dalam waktu terdekat.
“Marilah kita bersama-sama dengan Felda, jangan banyak ragam. Saya
percaya, warga Felda tidak begitu. Yang mengelirukan adalah orang luar
yang datang ke Felda. Yang bawa `batu api’.
“Makhluk perosak inilah yang mencucuk, meracuni fikiran kita kononnya
Felda bankrap (muflis),” katanya dalam Program Ihya Rahmat Ramadan warga
Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Padang Awam Felda Pasoh 4 dekat sini
hari ini.
Ketibaan Najib disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan
Malek; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias.
Kata Najib, kalaulah ada yang mendakwa Felda `bankrap’, bagaimana pula
Felda pada hari ini boleh pula mengumumkan pembayaran dividen dan duit
raya kepada warga Felda?
“Hari ini saya umumkan, pembayaran dividen FGV melalui pegangan Felda
dalam syarikat ini berjumlah lebih RM59.2 juta,” kata beliau.
Yang turut diumumkan adalah penyampaian duit raya kepada peneroka Felda
dengan jumlah keseluruhannya lebih RM29.6 juta, yang mana dividen FGV
dan pemberian duit raya akan dibayar mulai 13 Julai ini.
Sebanyak 98,688 peneroka Felda yang bersama Felda dan layak
masing-masing akan menerima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya
manakala 13,947 peneroka yang tidak bersama Felda, tidak mendapat
dividen dan duit raya.
Peneroka yang tidak bersama Felda adalah mereka yang tidak menanam
semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang ke Felda,
berurus niaga tanah tanpa kebenaran Felda dan menyaman Felda.
“Saya berharap pemberian duit raya akan dapat meringankan beban kewangan
peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,” katanya.
Dalam ucapan sama, Najib turut menyatakan beberapa strategi yang akan
diambil oleh Felda termasuklah menimbangkan tawaran hartanah di luar
negara dengan anggaran keluasan 420,000 hektar bagi tujuan perladangan.
“Hal itu akan diperhalusi termasuklah melihat syarat dan termanya. Kita
belum memutuskan dan akan bertemu dengan pemegang saham, Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam waktu
terdekat.
“Saya akan pastikan apa juga jual beli, hendaklah harga yang ditawarkan
itu berpatutan dan jangan bayar lebih daripada itu. Kita pastikan harga
sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya. Saya
berhati-hati dalam hal ini,” tegasnya.
Terdahulu, Perdana Menteri melawat rumah Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Pasoh 1 dekat sini.
Projek perumahan itu bermula dua tahun lalu dan akan diserahkan kepada
generasi kedua Felda berkeluasan 1,400 kaki persegi setiap unit
melibatkan pembinaan sebanyak 144 unit di Felda Pasoh 1.
Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada berkata, projek itu adalah
projek perintis di negara ini dan sebanyak lapan projek akan didirikan
di negeri ini.
“Kawasan yang terlibat dengan lapan rancangan pembinaan PGBF ialah Jempol, Tampin dan Jelebu.
“Untuk seluruh negara, sebanyak 8,570 unit akan didirikan di bawah 33 skim yang akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment