Wednesday, July 08, 2015
Ada Agenda Lain Di Sebalik Serangan Terhadap PM
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin
berkata, sehubungan itu masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik
perlu bersatu padu dan menolak fitnah terancang berkenaan yang bertujuan
mengucar-ngacirkan keamanan negara.
“Kalau mereka hendak melemahkan umat Islam di negara ini, mereka mesti
melemahkan UMNO memandangkan parti itu mempunyai 89 kerusi Parlimen
berbanding Pas hanya 21 kerusi.
“Sekarang mereka menggunakan media luar untuk menyerang dan situasi ini
terserah kepada kita untuk berada di sebelah pihak mana, mungkin ada
yang rasa gembira tetapi kita kena ingat dalam jangka masa panjang
bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan
tidak stabil sehingga ke hari ini,” katanya selepas majlis sumbangan
Ramadan kepada masjid dan surau peringkat daerah di sini hari ini.
Menurut Mohd. Sharkar, serangan bertubi-tubi terhadap Perdana Menteri
dilihat sebagai perancangan rapi dan agenda besar pihak tertentu bagi
menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam seperti yang berlaku di beberapa
negara Arab.
Katanya, umat Islam perlu memahami realiti itu dan bersatu padu
mempertahankan negara supaya tidak termasuk ke dalam perangkap mereka
yang boleh membawa negara ke kancah pergolakan.
“Di Malaysia, mereka mendapati antara cara untuk menjatuhkan pemimpin
kita adalah dengan membuat serangan peribadi selepas pelbagai serangan
dalam peringkat negara tidak berjaya,” ujar beliau.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO negeri berkata, UMNO Pahang sentiasa memberi sokongan padu kepada
Najib dalam berhadapan pelbagai serangan yang diterimanya pada masa ini.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment