Wednesday, July 08, 2015
Akaun Yang Dibeku Bukan Milik Najib - Peguam Negara
7 Julai 2015, Petaling Jaya : Perintah pembekuan enam akaun bank membabitkan dana
1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melibatkan akaun Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menerusi kenyataan pada Rabu.
"Perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai lalu tidak melibatkan
mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri," katanya.
Pada Selasa Pasukan Petugas Khas mengesahkan mengenai pembekuan enam
akaun bank pihak yang dipercayai terlibat dengan dakwaan penyaluran
sejumlah besar dana ke akaun peribadi Najib.
Pada 4 Julai lalu, Gani mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Najib membabitkan dana 1MDB.
Pasukan itu turut dianggotai Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar
Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim
Mohamed.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment