Wednesday, July 08, 2015

‘Tiang Gol’ Ubah Lagi, Kali Ini Balik Ke Sirul Semula

EDITOR MENULIS...
8 JULAI 2015

Moving-the-goalposts-300x2402
Perdana Menteri difahamkan sedia maklum akan gelombang-gelombang serangan peribadi ke atas beliau yang dirancang para konspirator terdiri dari kroni-kroni yang 22 tahun ‘kembung’ tapi bila kuasa bertukar tangan, ‘kekembungan’ itu tidak bertahan.

Jadi, tidaklah begitu pelik bila setiap kali gelombang-gelombang ini dilepaskan, beliau seakan sudah bersedia menghadapinya.  Kecohlah 2 ke 3 hari, tapi selepas itu senyaplah semula.  Kita dah lihat ini berlaku dalam dakwaan 1MDB menghilangkan RM 42 billion, isu penjualan tanah Tabung Haji dan terbaru fitnah Wall Street Journal (WSJ).

Cakap pasal fitnah WSJ, gelombang serangan semakin berkurangan sejak semalam, bila Perdana Menteri memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ.  Sebelum itu, tak sampai beberapa minit keluarkan dokumen, dah banyak yang dibuktikan bahawa dokumen itu palsu dan diubah suai.  Swift code bank pun salah, apa cerita?

Soal kenapa hantar surat penjelasan dulu, kenapa tidak saman sekarang dan sebagainya, itu tidak ada masalah sebab nak buang air pun ada prosedur bukan boleh ‘buh’ macam itu saja.  Apatah lagi saman menyaman peringkat antarabangsa macam ini.

Maka tidak hairanlah saya kenapa ‘tiang gol’ para konspirator ini sudah beralih semula kepada Sirul.  Kononnya Sirul akan membuat pengakuan di Mahkamah Australia bahawa pembunuhan Altantunya dulu diarahkan oleh Perdana Menteri!!

Lama dah tak dengar nama Sirul sejak kejadian “hello sirul, hello sirul”, sekarang muncul semula.  Untuk makluman, Sirul pernah menjadi pengawal peribadi kepada Tun Mahathir Mohamad dan ketika ditangkap pada tahun 2006, dia menjadi pengawal peribadi kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, ‘tiang gol’ ini akan sentiasa berubah-ubah ikut keperluan sebab yang nak dicari sekarang bukan kebenaran, tapi persepsi berpanjangan, sehingga Najib tumbang.  

Percayalah, setakat yang saya lihat, hayat politik Najib masih lagi panjang.

Apa pun di akhirnya Allah swt yang akan menentukan, bukan yang tak berkenaan.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment