Wednesday, July 08, 2015
Ketua Audit Negara Bentang Laporan Awal 1MDB Kepada PAC
Ketua
Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini membentangkan laporan awal
mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen.
Laporan yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak itu dibentangkan di
hadapan PAC yang diketuai Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed
kira-kira 10.30 pagi dan dijangka selesai sekitar 4 petang ini.
Media dibenarkan mengambil visual sebelum sesi itu dimulakan.
Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengarahkan ketua audit negara untuk mengesahkan secara bebas akaun
1MDB.
PAC sebelum ini dilaporkan memulakan prosiding siasatan pada 19 Mei
berhubung isu yang dihadapi syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.
PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB susulan mesyuarat khas pada 30 April lepas.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment