Setiap media perlu
bertanggungjawab terhadap bahan yang mereka siarkan terutamanya media
yang sering digunakan sebagai rujukan sesetengah pihak sebagai sumber
untuk mencetuskan kontroversi mengikut acuan yang mereka kehendaki.
Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini
melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700
juta ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun peribadi Perdana
Menteri.
Walaubagaimanapun, Perdana Menteri
menegaskan beliau tidak pernah mengambil dana 1MDB atau mana-mana entiti
untuk kepentingan peribadi dan menyifatkan dakwaan palsu itu sebagai
sabotaj politik untuk menjatuhkannya.
Sebelum ini pihak Polis Diraja Malaysia
mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat WSJ bagaimana ia
menerima maklumat tentang AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke
akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. Mereka juga telah mengesahkan
bahawa pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi pada Julai 2013
tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad(1MDB).
Untuk makluman, Kod SWIFT PNBPUS3NANYC
adalah milik Alfa-Bank Moscow. Ini merupakan bukti kukuh bahawa dokumen
yang menjadi rujukan WSJ merupakan dokumen palsu. Persoalannya,
bagaimana WSJ terlepas pandang bahawa dokumen tersebut palsu?
Selain daripada perkara di atas, pihak polis perlu tanya WSJ tiga soalan penting yang perlukan jawapan.
- Mana bukti dokumen yang mengesahkan bahawa nombor akaun dalam dokumen tersebut merupakan milik Perdana Menteri?
Gambarajah yang diberi sekadar
menerangkan pergerakan dana. Ianya tidak boleh diguna pakai memandangkan
gambarajah tersebut dibuat oleh seseorang dan ianya bukan merupakan
dokumen rasmi bank. Tambahan pula surat yang sepatutnya dikeluarkan oleh
penama di bawah ruangan tandatangan tidak merujuk kepada Perdana
Menteri dengan apa cara sekali pun. Ianya jelas merujuk kepada individu
yang berbeza. Oleh itu, perkara ini mendatangkan keraguan munasabah.
Dengan ertikata lain, dokumen tersebut
diragui. Oleh itu, ianya tidak boleh digunakan untuk membuat kesimpulan
bahawa bukti tersebut cukup kuat digunakan untuk mendakwa Perdana
Menteri. Memang menjadi tandatanya bagaimana mereka menggunakan “dokumen
bank” yang tidak tertera nama Perdana Menteri pun untuk membuat tuduhan
tersebut.
- Kenapa alamat Wells Fargo Bank N.A. (New York International
Branch) yang tertera dalam pesanan SWIFT sangat berlainan daripada
alamat sebenar?
Persoalannya, alamat apa di 375 Park
Avenue? Melalui pencarian, didapati alamat tersebut merupakan alamat
Wells Fargo Advisor, yang merupakan “non-bank affiliates” kepada Wells
Fargo & Company.(https://home.wellsfargoadvisors.com/001_PNZ2).
Alamat sebenar adalah 375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152.
Bagi memastikan kesahihan maklumat,
alamat sebenar Wells Fargo Bank N.A. menggunakan alamat yang sama,
rupa-rupanya terdapat satu lagi Wells Fargo Bank N.A. (New York
International Branch) yang menjadikan dokumen WSJ “macam” asli kepada
mereka yang tidak cukup teliti dalam pencarian.
Alamat sebenar adalah 375 PARK AVENUE,
10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152. Untuk makluman, poskod amat berbeza –
10152 vs. 4080. Cara alamat tersebut ditulis dalam dokumen WSJ juga
berlainan, 375 Park Avenue, NY 4080, NEW York, NY, US. (poskod telah
diletakkan di tengah-tengah alamat).
Ini merupakan salah satu cara untuk
periksa keaslian pesanan SWIFT tersebut. Segala perbezaan tandatangan,
salah nama bank, salah alamat dan lain-lain lagi akan cuba dikurangkan
oleh si penipu bagi mengurangkan pengecaman penipuan. Bagaimana WSJ
boleh menggunakan dokumen yang mempunyai banyak informasi yang boleh
dikesan melalui halaman Wells Fargo?
- Kenapa Kod SWIFT yang digunakan dalam “shared document” berlainan?
Cara terbaik dan mudah untuk periksa
samada dokumen SWIFT adalah asli atau tidak melalui Kod SWIFT bank dalam
dokumen tersebut. Sekiranya ianya salah, maka semua perkara adalah
penipuan. Ianya boleh dilakukan melalui halaman rasmi mereka.
Kod SWIFT Wells Fargo Bank N.A. (New York
International Branch) yang terletak di 375 Park Avenue, NY 4080, NEW
York, NY, US sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen “shared” SWIFT
adalah PNBPUS3NANYC.
Walaubagaimanapun, kod SWIFT yang sebenar
untuk Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) yang
terletak di 375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152 pula
sebenarnya PNBPUS3NNYC.
(http://www.swift-code.com/m/united-states/swift-code-pnbpus3nnyc.html)
Kod SWIFT PNBPUS3NANYC adalah milik
Alfa-Bank Moscow. Ini merupakan bukti kukuh bahawa dokumen yang menjadi
rujukan WSJ merupakan dokumen palsu. Persoalannya, bagaimana WSJ
terlepas pandang bahawa dokumen tersebut palsu?
Tiga soalan mudah ini sudah cukup untuk
membuktikan bahawa dokumen tersebut tidak boleh digunakan sebagai asas
untuk menuduh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sesiapa sahaja yang menggunakan dokumen
tersebut untuk membuat tuduhan dan dakwaan tanpa menanyakan tiga soalan
ini dianggap sebagai tidak bersungguh-sungguh,tidak berasas dan tidak
bertanggungjawab.
Memang agak menghairankan penipuan dengan menggunakan pesanan SWIFT dan bertambah hairan lagi apabila WSJ turut tertipu.
Lebih malang apabila sebahagian rakyat
Malaysia juga dengan mudah tertipu dengan bersandarkan kepada “nama
baik” WSJ. Oleh itu WSJ juga turut disarankan agar menggunakan tiga
soalan tersebut sebagai asas untuk memastikan kesahihan dokumen.
Sekiranya jawapan yang mereka dapat sama
seperti di atas maka WSJ perlu menarik semula dakwaan mereka dan memohon
maaf kepada Perdana Menteri kita Datuk seri Najib.
Note : This author, who by the
way is a legally-trained Malaysian currently heading a banking/finance
institution [and therefore, unfortunately, must remain anonymous].
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
No comments:
Post a Comment