Wednesday, July 08, 2015
Semua Anggota Kabinet Berdiri Teguh Bersama Najib.
Semua
anggota kabinet parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Rabu
menyatakan sokongan untuk bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak
menghadapi dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran
dana ke akaun peribadi perdana menteri.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata mesyuarat kabinet hari ini ada menyentuh mengenai dakwaan
WSJ itu.
“Semua ketua-ketua parti diberi peluang bercakap, dan kita secara
konsensus bersetuju menyatakan sokongan pada Datuk Seri Najib,” katanya
ketika ditanya sama ada mesyuarat kabinet hari ini membincangkan dakwaan
akhbar WSJ kononnya kira-kira AS$700 juta dimasukkan ke akaun perdana
menteri.
Beliau ditemui selepas mengedarkan 2,500 kotak bubur lambuk di perkarangan kementeriannya di sini, Rabu.
Ismail Sabri berkata kabinet juga berpandangan isu itu tidak perlu
dispekulasikan sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas melibatkan Polis
Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam
Negara dan Bank Negara yang ditubuhkan, selesai dijalankan.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment