Friday, July 24, 2015
Video Pelajar Terkejut Rakam Kren Jatuh
Kuala Lumpur : "Saya bimbang kren yang jatuh daripada bangunan yang
sedang dibina itu akan menghempap beberapa kenderaan jalan raya.
"Tak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika menyaksikan kejadian itu
kerana jalan raya sesak orang ramai pulang ke rumah selepas habis
bekerja.
Itu kata pelajar Sekolah Merchant Taylor's di England, Soneel Bhattessa,
14, yang terkejut apabila melihat kren di tapak prjek pembinaan
bangunan berhampiran Bangunan Neo Damansara tiba-tiba jatuh ketika
merakam video ribut di Petaling Jaya, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 6 petang itu ketika saksi kejadian itu
meninjau keadaan kawasan menerusi tingkap rumahnya di tingkat lapan
kondominium Metropolitan Square, Damansara.
Soneel berkata, terdapat empat kren di atas bangunan yang sedang dibina dan satu daripadanya terjatuh.
"Nasib baik kren tidak jatuh di jalan raya. Sekiranya itu berlaku pasti
ia akan mengakibatkan kemalangan maut."Ia kejadian pertama pernah saya
lihat," kata pelajar itu yang berada di negara ini untuk menyambut
Aidilfitri selama lebih dua minggu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor,
Mohd Sani Harul berkata, sehingga 10.30 malam ini, pihaknya masih belum
menerima sebarang maklumat berhubung kejadian itu.
"Kami akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment