Friday, July 24, 2015
Kebodohan Rafizi....Semakin Terserlah
Kebodohan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, memang sukar dicari ganti
di kalangan ahli politik. Beliau mungkin setaraf dengan anak-anak Melayu
seperti Melati dan Rara yang sekarang mengangkat DAP dari parti
cauvinis cina kepada nasionalis.
rafizi-rameshRafizi ketika terdesak untuk mengalih tumpuan dari tuduhan
bahawa beliau berkonspirasi mengubah dokumen untuk memfitnah 1 Malaysia
Development Berhad (1MDB), mempersoalkan mengapa Pasukan Petugas Khas
tidak mengambil kenyataan dan menyoal siasat Datuk Seri Najib Abdul
Razak berhubung skandal 1MDB.
Dalam kenyataannya, Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata Najib
adalah individu paling penting dalam keseluruhan siasatan itu.
“Soalan ini juga sudah tentu berlegar di pemikiran rakyat kebanyakannya
dan tidak memberi gambaran yang baik kepada kebebasan Pasukan Petugas
Khas ini sekiranya individu yang paling penting belum lagi disoalsiasat
dan diambil kenyataan,” katanya.
Untuk pengetahuan Rafizi dalam siasatan siapa yang disoal dulu atau
kemudian bergantung kepada maklumat dan keperluan membina kes. Dalam kes
ini mustahil untuk pasukan petugas khas menyoal Mohd Najib sebelum
mereka mengetahui apakah hala tuju kes ini dan apa bentuk penyelewengan
yang berlaku.
Kes-kes seperti ini, pihak penyiasat akan menyiasat susun atur
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dari bawah dahulu supaya apabila
tiba masa Mohd Najib disoal nanti, mereka telah mempunyai bukti dan
pengetahuan yang mencukupi untuk bertanya dan mengetahui sama ada Najib
berbohong atau tidak berdasarkan maklumat siasatan awal sekarang.
Rafizi boleh mempertikaikan siasatan Task Force jika pasukan tersebut
telah selesai tetapi gagal menyoal Mohd Najib. Pada masa sekarang Task
Force ini perlu meneliti keseluruhan fakta pertuduhan terlebih dahulu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment