Friday, July 24, 2015
Isu Penubuhan Pakatan 2.0... Khalid Ibrahim Masuk Gelanggang
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba-tiba
'masuk gelanggang' dalam hu ha penubuhan pakatan pembangkang baru tanpa
PAS iaitu Pakatan 2.0.
Mungkin Khalid nampak ruang, jika PKR memilih DAP, PAS akan terkeluar
dari kerajaan dan jadi pembangkang... tolak dua ADUN PAS yang pro
Gerakan Harapan baharu (GHB) iaitu ADUN Morib Hasnul Baharudin dan ADUN
Hulu Klang Saari Sungib, PAS ada lagi 13 ADUN.
Campur Khalid dan 12 ADUN UMNO ada 26 ADUN... kurang empat untuk tubuh kerajaan negeri.
Susahkah hendak jadi empat ADUN dalam keadaan politik yang tidak stabil?
Sebab itu barangkali, Khalid menggesa jika benar Pakatan Rakyat 2.0 mahu
diwujudkan, ia perlu dilakukan segera agar tidak mengelirukan rakyat.
Ujarnya, sikap dolak dalih bersabit perkara itu secara langsung akan
menjejaskan pentadbiran di Selangor memandangkan negeri itu ditunjangi
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP.
"Memandangkan ini merupakan inisiatif dalaman yang melibatkan PKR dan DAP, bukanlah prerogatif saya untuk memberi pendapat.
"Walaubagaimanapun dalam konteks Selangor, sekiranya benar ura-ura
penubuhan Pakatan Rakyat baharu, adalah lebih baik ianya diselesaikan
secepat mungkin supaya kekeliruan, kegusaran dan haru-biru di kalangan
penjawat awam boleh dihindarkan.
"YAB Dato Menteri Besar perlu membuat keputusan tentang perkara ini
secepat mungkin.
Ini adalah kerana kita tidak mahu percaturan politik
sebegini mengganggu gugat kelicinan dan keberkesanan proses pentadbiran
negeri," katanya dalam posting di Facebooknya, Rabu.
PAS dan DAP kini tidak lagi menjalinkan hubungan politik selepas bertelagah perihal isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Kedudukan PAS di Selangor kini goyah apabila wujud khabar angin bahawa
parti baru yang diasaskan GHB bakal ditubuhkan untuk menggantikan PAS
dalam Pakatan.
Parti baru itu bakal disertai bekas pemimpin PAS yang tewas dalam
pemilihan PAS 4 Jun lalu, penubuhan parti baru itu disahkan bekas
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment