Tuesday, July 07, 2015
Wan Azizah Cuba Alih Perhatian, Sembunyi Kemelut Pembangkang - Penganalisis
Shah Alam, Selangor : Perjumpaan dianjurkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Wan
Azizah di Padang Kawad Tabik Hormat Parlimen bagi membincangkan
pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai penyaluran berbilion
ringgit ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan untuk
mengalih pandangan masyarakat dari kemelut pembangkang.
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, tindakan itu
penting bagi Wan Azizah dalam 'menafikan' kemelut yang mencengkam
pembangkang ekoran penolakan DAP terhadap PAS.
"Pertemuan ini (dengan ahli parlimen pembangkang) bukan sahaja untuk
menutup kemelut yang berlaku di semua negeri pentadbiran pembangkang
(Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor) dan perpecahan yang amat teruk
dalam PR, tetapi juga menyorok tuduhan terhadap pembabitan Anwar Ibrahim
dalam menggunakan media asing bagi menggugat imej kerajaan", katanya
kepada Antarapos.
Malah katanya, pembangkang akan menggunakan pelbagai cara bagi mendesak Najib untuk melepaskan jawatan.
"Pembangkang akan menggunakan segala kepentingan untuk membesar-besarkan
isu ini dan mendesak kerajaan (pimpinan Datuk Seri Najib) letak jawatan
ataupun barangkali menuduh kerajaan atas apa yang dikeluarkan oleh
akhbar itu (Wall Street Journal) sebenarnya berlaku".
Dalam laporan berkenaan, Najib didakwa memindahkan sejumlah wang
1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun peribadi pada 2013.
Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini memanggil
ahli-ahli di kalangan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi
membincangkan keadaan politik terkini dan hala tuju negara.
Satu sidang media dijadualkan pada jam 2.30 petang ini di Parlimen.
Mengulas lanjut, Zainal turut berkata pembangkang tidak akan langsung
menyentuh mengenai 'penglibatan' bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim
dengan media asing dalam usahanya untuk memburukkan Barisan Nasional
(BN).
"Dia (pembangkang) tidak akan sentuh tentang hubungan media asing dengan
Anwar Ibrahim. Ini satu kaedah untuk menyembunyikan pembabitan mereka
(pembangkang) dengan segala masalah yang berlaku di luar dan dalam
negara".
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu dalam
laporan BNBBC membidas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan
menyifatkan tindakan berkenaan akan menggugat kestabilan politik negara.
Malah tindakan memanggil semua 222 ahli Parlimen juga ujar Zahid adalah sesuatu yang tidak perlu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment