Tuesday, July 07, 2015
Tidak Ada Pihak Boleh Minta Najib Letak Jawatan – Abdul Ghapur
7 Julai 2015, Tawau : Tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya
boleh meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk
meletak jawatan berikutan tuduhan dan dakwaan terhadapnya baru-baru ini,
kata Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.
Katanya, permintaan itu tidak perlu dilayan, kerana Najib telah dipilih atas sokongan rakyat dan juga kepimpinan parti.
“Tuduhan kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana
1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri, adalah
sesuatu yang tidak masuk akal.
“Itu dakyah tipu helah dari individu tertentu dan pembangkang. Rakyat
jangan percaya dengan tuduhan liar dan tidak berasas yang dilaporkan
Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sejadah, Al-Quran,
Yassin, dan Penghawa Dingin sumbangan UMNO Kalabakan
kepada masjid-masjid di kawasan Parlimen Kalabakan di sini hari ini.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment