Thursday, July 09, 2015

Zainuddin Maidin Berkiblatkan Media Asing Untuk Jatuhkan Perdana Menteri

Amat menghairankan apabila bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan pendedahan yang dilakukan oleh Wall Street Journal (WSJ) membuktikan kebenaran tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, perkara ini disahkan apabila beliau melihat pendedahan yang dilakukan WSJ menyebabkan perdana menteri dalam dilema.

Menurut Zam, ini merupakan kali pertama seorang perdana menteri Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan dijatuhkan dengan cara yang paling tidak hormat.

Sejauh manakah dakwaan Zam yang mengatakan pendedahan WSJ ini membuktikan kebenaran kritikan Mahathir terhadap perdana menteri??

Setahu Andy, WSJ sebelum ini juga pernah mengeluarkan tuduhan kepada perdana menteri Singapura, malangnya tuduhan itu hanyalah satu fitnah yang mahu menjatuhkan pemimpin tersebut.

Perkara itu turut disahkan oleh penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain dengan mengatakan tuduhan yang dilemparkan oleh WSJ adalah tidak berasas.

"WSJ sebelum ini pernah melemparkan tuduhan kepada perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew namun WSJ kalah dalam saman balas yang dikemukan oleh perdana menteri Singapura itu.

Tambahnya, bukan satu atau dua saman yang dikenakan terhadap WSJ tetapi, 4 saman WSJ kalah terhadap perdana menteri itu. Perkara itu jelas menunjukkan dakwaan yang dikeluarkan WSJ tidak benar.

"Kalau setakat Wall Street Journal, banyak juga dakwaan-dakwaan.., Lee Kuan Yew pernah saman Wall Street Journal empat kali dan kalah semuanya," jelas Atory.

Selain itu, setahu Andy bukankah Mahathir sendiri tidak percayakan WSJ yang sebelum ini membocorkan rahsia beliau melesapkan RM100 bilion ketika menjadi perdana menteri??

Ketika itu, Mahathir siap mengharamkan WSJ selama 3 bulan dan mengatakan media barat tipu dan tidak boleh dipercayai. Tetapi kini, demi kepentingan politik peribadi beliau sendiri, Mahathir berubah untuk menyokong media terbabit.

Kesimpulannya, pendedahan yang dilakukan oleh WSJ satu niat jahat dari pihak tertentu bagi menjatuhkan perdana menteri yang didokong oleh seseorang dibelakangnya. Apakah Mahathir kini beralih menggunakan media barat pula untuk menjatuhkan Najib setelah serangan sebelum ini tidak memberi kesan?? 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment