Thursday, July 09, 2015
Democratic Islamic Party (DIP) : Wadah Baharu G18 Sedang Diuruskan R.O.S?
Democratic
Islamic Party, itulah nama untuk “wadah baharu, Islam yang lebih
berakhlak” yang telah diwar-warkan oleh Mat Sabu dan G18 sebelum ini
apabila tersungkur menyembah bumi pada muktamar Pas – 61 baru-baru ini.
Sumber memberitahu, G18 menggunakan
platform Parti KITA, di mana mereka telah menyelesaikan beberapa isu
yang berkaitan bagi memenuhi keperluan ROS. Jika diluluskan, selepas ini
Parti Kita bakal dikenali sebagai Democratic Islamic Party atau
singkatannya DIP.
Saya difahamkan DIP akan dipimpin oleh
Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, Presiden (Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia
(WADAH)) semenjak tahun 2005 hingga kini. Muhammad Sabu pula bakal
menjawat jawatan Timbalan Presiden, Democratic Islamic Party.
Untuk lain-lain senarai jawatankuasa, saya menjangkakan ia bakal diisi oleh G18 termasuklah Salehuddin Ayub
dan Mahfuz Omar, kecuali mereka berdua bertindak untuk menerima tawaran
untuk menganggotai jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber yang sama juga mengesahkan, DIP
sedang berusaha untuk memujuk seorang agamawan “marhaein” di sebelah
utara semenanjung untuk menyertai mereka. Manakala Phahrolrazi akan
terus memimpin PASMA, sebagai strategi untuk bergerak dengan platform
parti politik dan badan bukan kerajaan.
Melalui sumber lain pula, benarkah
dakwaan bahawa wujudnya “deal” untuk “pengambilalihan” Parti Kita oleh
G18 yang melibatkan RM140 ribu selaku “minyak pelincir”?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment