Thursday, July 09, 2015

Tempoh Cabar Keputusan PRU ke 13 Sudah Lama Tamat – Hasnal Rezua

9 Julai 2015, Kuala Lumpur : “Saya tidak nampak ada saluran lain selain yang telah diperuntukan di dalam akta pilihanraya untuk mencabar keputusan kemenangan BN pada PRU yang lepas. Tempoh masa untuk bantah keputusan itu sudah lama tamat,”demikian reaksi pengamal undang-undang, Hasnal Rezua Merican ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang membuat kenyataan bahawa PKR akan memfailkan saman bagi membatalkan kemenangan BN pada PRU yang lepas.

Kata Hasnal lagi,  tidak  ada saluran undang-undang yang membolehkan PKR mencabar keputusan pilihanraya yang lepas kerana tempoh masa yang diperuntukan undang-undang untuk mencabar dan membatalkan keputusan PRU sudah pun berlalu.
Hasnal-Rezua-Merican-Peguam-Selayang-Selangor
“Dalam peruntukan akta undang-undang pilihanraya, setelah pilihanraya digazetkan, maka pihak pembangkang mempunyai tempoh selama sebulan untuk sebarang petisyen mencabar keputusan itu. 

Dan tempoh yang diberikan itu sudah lama pun tamat.

“Jadi saya tak nampak ada cara lain mereka nak bawa perkara ini ke mahkamah kerana akta pilihanraya itu sudah mencakupi semua aspek termasuk bantahan dan pembatalan keputusan PRU. 

Tidak ada akta lain yang saya lihat boleh digunakan pakai untuk tujuan ini selain akta pilihanraya saja,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain itu beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang turut mempersoalkan apa kaitannya dua perkara tersebut yang boleh dijadikan hujah dan alasan tindakan PKR memfailkan saman bagi membatalkan kemenangan BN dalam PRU ke 13 yang lalu.

“Apa hujah yang mahu digunakan oleh PKR untuk mengaitkan isu dana 1MDB dengan keputusan pilihanraya yang lalu. Apakah mereka mahu katakan semua dana 1MDB digunakan untuk kempen BN? Atau sebahagian?  Jadi, saya tak nampak ada kaitan yang kuat antara isu 1MDB dan kemenangan BN pada PRU yang lalu yang boleh dijadikan hujah untuk membatalkan kemenangan BN itu,” soal beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment