Thursday, July 09, 2015
Putus Tapi Bersama?.. Kerajaan Pulau Pinang Jadikan Pakatan Bertambah Lawak
9 Julai 2015, Kuala Lumpur : Perselisihan, keretakan dan seterusnya
perpecahan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang sebenarnya
menunjukkan wajah sebenar serta semakin jelas kelihatan di mata rakyat
bahawa mereka hanya mempergunakan sama sendiri untuk mencapai cita-cita
dan agenda masing-masing sahaja, ujar Ahli Dewan Negara, Senator Norliza
Abdul Rahim.
Justeru dapat dilihat bagaimana mereka sebenarnya bukan ikhlas dalam
membuat satu gabungan dan tidak seperti yang dilaungkan selama ini
kononnya berjuang untuk kepentingan rakyat, katanya lagi.
“Inilah antara sebabnya kenapa mereka tidak mahu berdaftar dalam satu
gabungan, dibiarkan longgar supaya apabila ada apa-apa masalah, semua
akan lepas tangan dan tuding-menuding sama sendiri, dalam erti kata lain
tiada komitmen.
“Sebagai contoh seperti yang berlaku di negeri Pulau Pinang, ketua
menterinya berkata sudah tiada lagi kerajaan pakatan rakyat di negeri
itu, yang ada hanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang gara-gara terputusnya
hubungan antara Dap dan Pas. Namun semua wakil PKR termasuk Pas terus
dikekalkan dalam kerajaan negeri”, ujarnya kepada UMNO-Online.
Krisis antara Dap dan Pas bermula apabila Dap memutuskan hubungan
dengan Haji Hadi Awang, Presiden Pas mengenai pelaksanaan hukum hudud.
Kemelut mereka berlarutan sehingga perletakan jawatan serta pemecatan
wakil Pas di dalam agensi kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tetapi yang menjadi persoalan, seolah-olah bahan lawak politik dan
betapa cacamarbanya mereka, di Negeri Selangor berbeza pula nada mereka
yang tidak berani ‘menghalau’ Pas di dalam mentadbir negeri, ujar Ketua
Wanita UMNO Pulau Pinang itu lagi.
“Putus tapi bersama? Mereka kena ingat, mentadbir dan mengurus negeri bukan satu bahan yang boleh dibuat uji kaji.
“Ini kerana di Selangor kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
antara mereka memang sangat-sangat memerlukan antara satu sama lain dan
sekiranya Pas tiada, kedudukan kerajaan negeri berada di dalam keadaan
amat rapuh, bukan seperti di Pulau Pinang, Dap mempunyai majoriti 19
kerusi dan PKR 10.
“Sebab itu, tidak menjadi kudis di dalam pentadbiran kerajaan negeri
Pulau Pinang apabila Pas yang hanya ada 1 kerusi DUN sahaja tidak
bekerjasama lagi dengan mereka. Lagipun mereka ada rakan sekutu yang
baharu seperti Pasma dan Gerakan Harapan Baru,” tambahnya.
Justeru itu, beliau turut mempersoalkan kewibawaan pakatan
pembangkang yang mampukah mereka ini dijadikan contoh kepada rakyat
sebagai pentadbir yang baik.
“Bagaimana mahu membicarakan perkara-perkara besar yang menyentuh
mengenai kepentingan rakyat jika hal kebersamaan dan kesatuan sesama
mereka pun tidak mampu?
“Diberi peluang mentadbir negeri pun dan bergaduh hingga berpecah,
adakah dijamin mereka ini mampu mengurus tadbir negara ini dengan baik?
Saya yakin jawapannya tidak,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment