Thursday, July 09, 2015
Jangan Terpengaruh Spekulasi, Provokasi Untuk Jatuhkan Kerajaan BN – Syed Ali
9 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak
terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan provokasi yang sedang
dimainkan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional
(BN).
Mengingatkan demikian, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee berkata spekulasi dicanangkan menerusi media sosial begitu
terancang bagi mengelirukan rakyat.
“Ahli-ahli UMNO diharap tidak mudah percaya dengan pelbagai spekulasi
negatif dilakukan pihak tertentu untuk menggugat kestabilan politik
negara,” tegasnya dalam entri terbaru di
umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau juga tidak menolak spekulasi dan usaha mencemarkan reputasi
pemimpin kerajaan berniat jahat untuk menghancurkan ekonomi negara dan
menyemarakkan keresahan rakyat.
Katanya, spekulasi tersebut disusuli dengan persespi buruk cuba
mencemarkan kepimpinan kerajaan BN terutama pemimpin UMNO dilakukan
pihak berkepentingan dan kumpulan pro-pembangkang.
Syed Ali menjelaskan, sekarang ini seperti menjadi satu trend baru
masyarakat begitu mudah disogok dengan tuduhan dan fitnah tidak berasas
menerusi media sosial.
“Tidak kira media yang berpengkalan di luar negeri atau domestik,
sentiasa dipergunakan sebagai alat propaganda pihak tertentu untuk
memburukkan kerajaan dan membangkitkan kemarahan rakyat,” tegasnya.
Menyentuh isu 1MDB yang dikaitkan dengan pentadbiran Perdana Menteri,
Syed Ali yang juga Setiausaha BN Wilayah Persekutuan berkata pihak
berkuasa mempuyai asas untuk menjalanklan sisatan menyeluruh.
“Tak perlu ada sebarang tafsiran negatif, tuduhan melulu dan andaian
bersifat jahat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, serahkan kepada pihak
berkuasa lakukan siasatan,” tegasnya.
Beliau mengingatkan, menjatuhkan sesuatu hukuman sebelum terbukti
bersalah merupakan satu perbuatan tidak adil dan berniat jahat.
Tambah beliau lagi, rakyat sepatutnya berfikiran lebih rasional untuk
tidak menolak kemungkinan senario politik yang berlaku di dalam negara
ini sekarang mungkin didalangi kausa asing.
“Kita tidak boleh mengetepikan kemungkinan ada pihak asing cuba
menghancurkan Malaysia, sebuah negara Islam di rantau Asia untuk agenda
mereka,” tegasnya.
Mengulas tindakan pakatan pembangkang terdiri PKR dan DAP mendesak
Najib bercuti daripada jawatan Perdana Menteri bersabut isu 1MDB, Syed
Ali menegaskan pembangkang hanya menangguk di air keruh.
“PKR dan DAP sememangnya mahu menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO
terutamanya, mereka cuba lakukan pelbagai spekulasi dan provokasi
supaya tercetus persepsi negatif di kalangan rakyat,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment