Thursday, July 09, 2015
Tahniah Haji Hadi.....'Najib Hanya Manusia Biasa.. Bukan Malaikat'
7 Julai 2015, Kota Bharu : Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang
dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas
dan dikemukakan saksi.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya
malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah
dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri
Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas
Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita
tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di
majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.
Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk
Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri
daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ)
mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai
berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.
Dr Haron telah menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.
Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan
tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun
peribadi.
Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang
tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion
ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.
Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi
menyiasat dakwaan WSJ.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment