Monday, November 02, 2015
Ceramah Jawab Isu Bukan Sekadar Musim Pilihan Raya – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad
Maslan berharap, ceramah menjawab pelbagai isu haruslah sentiasa
diadakan dan bukan hanya pada musim pilihanraya.
Katanya, ini amat perlu memandangkan terlalu banyak isu yang timbul
dan rakyat masih tidak mendapat jawapan yang betul apatah lagi zaman
kini adalah zaman media sosial maka fitnah semakin berleluasa dengan
mudah.
“Saya berharap ceramah menjawab pelbagai isu haruslah diadakan
sentiasa dan jangan tunggu bila ada pilihan raya baru
penceramah-penceramah kita digerakkan. Jadi saya cadangkan setiap
bahagian perlu menambah bilangan penceramah mereka.
“Sekarang ini setiap bahagian ada 10 penceramah dan saya berharap
melalui pertandingan Pidato Piala Presiden ini kita akan dapat
mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai penceramah,”
ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri pertandingan Pidato Piala
Presiden UMNO 2015 peringkat Saringan Zon Tengah di PWTC.
Pertandingan yang diadakan bersempena Hari Perhimpunan Agung UMNO ini
diadakan buat pertama kalinya pada tahun lalu dan ia bertujuan
mencungkil bakat-bakat ahli UMNO sebagai penceramah.
Jika tahun lalu pertandingan ini menawarkan hadiah utama sebanyak RM10 ribu tetapi kini ianya meningkat sekali ganda.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah bermurah hati meningkatkan jumlah hadiah pada semua kategori.
Juara pertandingan bakal membawa pulang RM20 ribu berserta piala
pusingan dan sijil, kedua RM15 ribu berserta piala iringan dan sijil,
ketiga RM10 ribu berserta piala iringan dan sijil manakala saguhati RM2
ribu berserta sijil bagi 12 orang peserta peringkat akhir.
Kesemua hadiah bakal disampaikan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 8 Disember nanti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment