Tuesday, November 03, 2015
Dap Bergolek, Berguling Sekalipun Jawatan MB Selangor Tetap Keutamaan Teratas Azmin
KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota
Damansara, YB Halimaton Saadiah Borhan berkata PKR tidak perlu terus
bersandiwara berhubung desakan rakan sekutunya Dap agar Menteri Besar
Selangor Azmin Ali memecat Pas daripada kerajaan negeri terbabit.
Menurut beliau dalam apa jua keadaan sekalipun sebenarnya PKR amat
memerlukan Pas untuk mempertahankan status quo kerusi menteri besar
negeri berkenaan daripada terlepas ke tangan sekutunya yang lain.
“Kita percaya dan yakin bergolek dan berguling sekalipun Dap di depan
PKR, ianya tidak akan mampu untuk mengubah apa-apa keputusan kerana
sebenarnya itulah hakikat yang semua boleh nampak. Tidak perlu
berselindung lagi dan apatah lagi mahu bersandiwara. PKR sebenarnya amat
perlukan Pas.
“Kedudukan kerusi negeri dan
juga jasa Pas sebelum ini takkan mahu dipadamkan hanya dengan sedikit
desakan dan gegaran daripada rakan sekutunya itu. Percayalah desakan itu
umpama air yang dicurah ke daun keladi dan hanya akan berlalu begitu
sahaja.
“Takkanlah PKR mahu ambil risiko yang cukup besar semata-mata mahu
menjaga hati Dap semata-mata. Bagaimana pula dengan hati dan perasaan
Pas pula. Takkanlah Pas tidak ada hati dan perasaan dalam soal
tersebut,“ katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.
Dilaporkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerima
tamparan apabila Dap Selangor memberi kata dua untuk memecat wakil
rakyat Pas dari pentadbirannya.
Ini berikutan seorang perwakilan pimpinan tertinggi parti itu memberi
tempoh memecat wakil rakyat Pas daripada Kerajaan Selangor atau Dap
sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
Pengerusi Dap Kajang Baru, Chiong Yoke Kong berkata, Pas sudah
memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi Dap
memberi tempoh kepada Mohamed Azmin untuk pecat wakil rakyat Pas atau
Dap keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.
“Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat Pas Selangor, pimpinan
Dap harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor”,
ujarnya.
Mengulas lebih lanjut Halimaton seterusnya menambah PKR akan terus
bermain wayang dan akan terus bermain silap mata berhubung desakan
berkenaan.
Tambahnya lagi pelbagai skrip drama akan dipertontonkan kepada
masyarakat umum khususnya kepada kedua-dua parti berkenaan dalam usaha
mengekalkan status quo menjawat jawatan menteri besar.
“Percayalah desakan tersbeut tidak akan dilayan…bukan perkara yang
cukup mudah dan bukanlah perkara yang cukup senang untuk berdepan
situasi berkenaan. Ianya cukup besar risiko yang akan ditanggung dan
jalan terbaik adalah sandiwara demi sandiwara,“ katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment