Monday, November 02, 2015
DAP Parti Berbilang Kaum Sekadar Bahan Lawak – Mimie Harianie
KUALA LUMPUR : Rakyat saban masa diperdengarkan
‘gegak-gempita’ oleh satu pihak di sana-sini tentang perjuangan parti
mereka yang kononnya mewakili pelbagai kaum tetapi kenyataannya, yang
diamalkan jauh tersasar.
Itulah wajah sebenar parti Dap, yang sering mendabik dada kononnya
parti mereka diwakili oleh semua bangsa walhal yang berada di pucuk
pimpinan parti baik di pusat hinggalah ke akar umbi adalah sebaliknya,
langsung tiada keseimbangan kaum, hanya dimonopoli satu bangsa sahaja.
Ini dapat dilihat baru-baru ini bagaimana pemilihan jawatankuasa
negeri di Selangor, tiada langsung wakil Melayu yang berjaya menduduki
pilihan lima belas, begitu juga dengan Pahang, wakil Melayu yang menjadi
Pengerusi negeri juga akhirnya dijatuhkan.
Menurut Exco Pergerakan Puteri UMNO
Malaysia, Mimie Harianie Alias, senario tersebut bukanlah sesuatu
perkara yang baharu berlaku kerana sebelum ini pun, dunia politik negara
dihidangkan dengan ketiadaan cerminan keseimbangan dan kepelbagaian ras
di dalam jawatankuasa peringkat pusat mereka yang masih belum disahkan
itu.
“Bayangkan, di dalam tiga puluh orang ahli jawatankuasa pusat, hanya
ada dua orang berbangsa Melayu, itupun seorang yang hanya ‘bernamakan
Melayu’ dan empat daripada kaum India sahaja.
“Bakinya? Dengan hanya meletakkan empat, lima orang pemimpin Melayu
dan India, mereka masih lagi dengan bangganya mengakui sebagai parti
berbilang bangsa.
“Sebab itu, momokan mereka itu adalah sekadar bahan lawak yang sudah
basi. Lagi membahayakan mereka mengatakan orang lain rasis, walhal
merekalah yang rasis, berselindung di sebalik wajah sebenar,” ujarnya
kepada pihak media.
Tambahnya lagi, rakyat tidak perlu melihat lebih jauh, lihat sahaja
pendedahan bekas Naib Pengerusi Kebangsaannya, Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim yang telah menyatakan kesilapan besar beliau kerana menyertai
Dap, kononnya sebuah parti pelbagai kaum sedangkan hakikatnya jauh
tersasar.
Malahan Tunku Abdul Aziz juga mendedahkan bahawa dirinya dipergunakan
untuk memancing undi orang Melayu, tetapi secara hakikatnya beliau
sendiri tidak pasti apakah peranannya selain menjadi alat untuk agenda
tersembunyi mereka, kata Timbalan Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan
Media Sosial, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia itu.
Dalam hal yang sama juga, sebagaimana yang pernah dilaporkan, juga
seorang lagi bekas Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu, Zulkifli Mohd
Noor menyimpulkan kekecewaannya dengan membawa perumpamaan bahawa di
mata pemimpin parti Cauvanis itu, sumbangan dan nilai ahli Melayu tidak
lebih daripada 50 sen sahaja.
“Justeru itu, rakyat perlu sedar kelicikan mereka itu, dan mengapa
perlu memberi harapan kepada parti itu kerana sememangnya jelas mereka
tidak bertindak seperti apa yang mereka sendiri katakan.
“Demi undi orang Melayu, jelas mereka telah menonjolkan beberapa
orang dari golongan muda hinggalah ke dewasa dengan mempergunakan mereka
untuk mempengaruhi minda rakyat, walhal hakikatnya orang Melayu di
dalam parti tersebut dipergunakan sahaja bagi merealisasikan pendirian
parti itu,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment